title=

Raya haji dah tak lama lagi. Jika anda tergolong antara mereka yang nak buat korban tapi ada saja halangan terutama dari segi kewangan, tips ini boleh bantu anda menyempurnakan hajat anda itu.

Kami bawakan tips mudah nak melakukan korban yang telah dikongsikan oleh Ustaz Asraff Ayob ini :

TIPS MUDAH NAK MELAKUKAN KORBAN

Sempena raya korban ini, saya tak nafikan kita kadang2 ‘liat’ untuk melakukan ibadah korban. Bajet tiba-tiba tak cukuplah. Nak asing wang untuk tusyen anaklah. Tahun lepas dah buat korbanlah. Macam-macamlah alasan yang nafsu ciptakan.

Tadi ketika berbual dengan rakan, dia bertanya soalan serupa, ‘macammana ye ustaz nak cari duit buat korban tahun ni?’

Saya bagi tipsnya, ‘Ini tips yang saya buat. Kan cuti sekolah ni kita ada sediakan bajet nak bawa anak jalan-jalan kan? Apa kata kita slash sikit bajetnya. Dari sewa hotel 3 hari kepada sewa homestay je. Dari jenjalan ke bali kpd jalan2 Pulau Pangkor je. Mesti ada duit lebih untuk korban.’

‘Tapi ustaz, saya dah janji dengan anak nak bawa jalan-jalan.’

‘Ya saya tahu. Saya pun janji sama. Tapi namanya pun ‘korban’ kan? Time ni lah Allah nak tengok kita sanggup ke tidak ‘sembelih’ sikit bajet percutian tu untukNya.

‘Ye tak ye juga kan’.

‘Nabi Ibrahim dulu lagi teruk. Sembelih anak lagi. Kita tak lah disuruh sampai takat tu, sembelih bajet je. InsyaAllah Allah kira usaha kita dan akan ganti dengan bajet yang lebih baik’

‘Dah, pi tipon a.j.k korban masuk nama ‘

Firman Tuhan :

“Daging dan darah binatang korban tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu” (Surah Hajj, 37)

Sumber : Ustaz Asraff Ayob, dengan izin
www.tigaseminar.com

Ps : Amacam? Mudah kan? Jika rasa dah tak sempat untuk tahun ni, anda boleh mula rancang untuk tahun depan. Perancangan awal sangat membantu, bak kata mereka yang berpengalaman.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤