Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda koleksi tips beberapa fungsi berguna iPhone untuk pengguna iOS 8.

photo_1_1-1024×683
HYPE
Mengapa Bandar Bukit Raja Lokasi Hartanah Terbaik Untuk Anda Labur
Baca lagi →

Masa terima dan hantar mesej: Tarik kandungan mesej ke kiri untuk melihat masa mesej diterima/dihantar

Pilihan ‘more’: Tekan mesej selama 2 saat akan mengeluarkan pilihan ‘Copy’ dan ‘More’. Pilih ‘More’ membolehkan anda memadam mesej yang anda tidak mahu atau hantarkan mesej tersebut kepada orang lain. Malangnya mesej itu hanya boleh dipadam di peranti anda sahaja, si penerima mesej masih boleh melihatnya.

Quick Photo: Jika anda menggunakan iMessage, anda boleh menekan butang kamera selama 2 saat untuk mengeluarkan menu baru. Gelongsor jari anda ke atas untuk mengambil gambar anda ataupun gelongsor jari ke kiri untuk video.

Quick Voice Message: Jika anda menekan butang mic di sebelah kanan ruang iMessage, membolehkan anda merekod mesej suara. Lepaskan jari untuk menamatkan mesej suara. Untuk menghantar, gelongsorkan jari anda ke atas manakala untuk memadam mesej suara, gelongsorkan jari anda ke kiri.

Kongsi Lokasi: Untuk menggunakan fungsi ini, tekan butang ‘Details’ yang terletak di atas skrin kanan iMessage. Ini akan membolehkan anda untuk berkongsi lokasi terkini ataupun lokasi pergerakan anda kepada sesiapa sahaja.

Mute Seseorang: Jika seseorang sentiasa mengganggu anda, buka mesej yang mereka hantar, tekan Details dan pilih pilihan ‘Do Not Disturb’. Kaedah ini berfungsi untuk SMS dan iMessage.

Biru Dan Hijau: Biru untuk iMessage manakala Hijau untuk SMS

Hantar iMessage sebagai SMS: Jika anda mengalami kesukaran menghantar iMessage (disebabkan tiada Internet) anda boleh memilih untuk menghantarnya sebagai SMS. Pergi ke Settings > Message dan tanda pilihan yang berkenaan.

‘Undo’ Dan ‘Redo’: Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang selalu melakukan kesilapan semasa menaip seperti terpadam keseluruhan mesej. Anda hanya perlu goncangkan telefon ke kiri-kanan sebanyak dua kali. Berfungsi di semua sosial chat seperti WhatsApp dan WeChat

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group