Banyak pertanyaan yang sering saya terima dari sahabat-sahabat di luar sana yang bertanyakan tentang tips dan tempat menarik untuk dilawati di Kashmir. Ada pertanyaan yang sempat dijawab, ada yang tidak. Jadi saya harap dengan perkongsian ini mampu menjelaskan sedikit sebanyak tentang Kashmir.

Sebenarnya banyak tips dan info menarik yang anda boleh dapat di internet ataupun melalui buku-buku travel seperti Lonley Planet dan sebagainya. Menyumbang sedikit ilmu, di sini saya kongsikan sedikit lagi tips dan info tentang Kashmir berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Baca: Travel 83 Hari Di India, Lelaki Ini Berkongsi 20 Tip Survival Sewaktu Di Sana

kashmir

Ini 10 tips tentang Jammu dan Kashmir daripada saya.

1.Cuaca, Musim dan Bulan

Sebelum anda merangka pelan perjalanan ke Jammu dan Kashmir, terlebih dahulu anda perlu mengenali dan memahami setiap musim yang ada di Kashmir. Bagi mereka yang tinggal di Asia Tenggara , Malaysia contohnya, sudah pasti ingin merasai suasana musim sejuk dan bersalji. Sudah pastinya kita akan Jakun dan ternganga melihat salji yang turun.

Musim salji di Kashmir biasanya pada bulan Disember sehingga Mac. Kebiasaannya musim salji amat sejuk dan anda perlu berbelanja untuk pakaian tebal. Waktu ini juga mungkin banyak jalan yang tidak dapat dilalui kerana salji tebal.

Musim Bunga pula sekitar bulan April hingga May. Jika anda ingin ke Kashmir dan melihat bunga Tulip yang cantik bewarna-warni, kebiasaannya pada pertengahan bulan April.

Musim panas pula sekitar akhir May hingga Ogos. Ketika ini merupakan waktu puncak kedatangan pelancong asing yang datang ke sini. Sudah pastinya perbelanjaan kita akan sedikit mahal

Musim luruh pula sekitar September hingga awal Disember. cuaca ketika ini agak tidak menentu, Hujan di sesetengah tempat dan dingin. Pernah berlaku banjir besar di Kashmir sekitar bulan September pada tahun 2014.

Jadi masa yang sesuai untuk ke Kashmir, bergantung pada anda. Kami ke sana ketika musim luruh baru hendak bermula iaitu sekitar September. Cuaca tidak terlalu dingin dan tidak terlalu panas.

dsc_8021

2. Pengangkutan

Jika anda dari New Delhi, anda boleh terus menggunakan penerbangan dari New Delhi ke Srinagar Kashmir. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.

Jika anda ingin sesuatu yang mencabar dan mempunyai masa yang lama anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dari New Delhi ke Chandigarh, kemudian mengambil penerbangan ke Srinagar. Perjalanan sekitar 8 jam.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Bas dari New Delhi ke Srinagar ia mengambil masa sekitar 12 jam.

Kami memilih penerbangan tambang Murah Indigo Air dari New Delhi ke Srinagar.

3. Guna Travel Agent

Jika anda mempunyai masa yang singkat dan tidak mahu pening kepala, anda boleh menggunakan travel agent atau berurusan dengan pihak hotel untuk urusan penginapan dan pengangkutan semasa di Kashmir. Pelan asal kami sebenarnya untuk bergerak secara sendiri untuk sampai ke hotel yang kami tinggal dan ingin ketempat lain menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Memandangkan masa tidak banyak hanya 5 hari di Kashmir, kami berurusan dengan owner hotel kami (Hotel Noora Palace) untuk pickup kami di airport dan menggunakan kereta sewa (suv) beserta driver untuk tour kami selama 5 hari di Kashmir, ia lebih mudah dan selamat.

Jika anda berkumpulan sudah pasti ianya menjimatkan.

Nota: Tidak semua tempat untuk dilawati boleh dilalui dengan pengangkutan awam terutamnya bas.

kashmir

4. Penginapan

Anda di nasihatkan merancang tempat tinggal alebih awal melalui laman web dan ini akan lebih memudahkan anda. Saya akan pastikan Hotel atau Hostel yang akan saya booking dekat dengan kemudahan pengangkutan seperti Metro, Keretapi, Teksi, Bas dan lain-lain untuk bergerak.

Nota : Tempah hotel Melalui Booking.com tiada bayaran deposit , dan anda boleh batalkan tempahan anda tanpa bayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

5. Tempat yang ingin di lawati

Jika anda sudah di Kashmir sudah pastinya anda harus melawati 4 daerah yang terkenal di sini.

Srinagar ( Ibu kota Kashmir ): Terkenal dengan Tasik Dal dan houseboat , Shikara ( perahu kecil ), Masjid-masjid lama ( Jamia Mosque, Kahnqah Of Shah Hamdan Mosque, Hazrat-Bal Mosque ), Chesma Shahi Garden, Pari Mahal Garden dan Botanical Garden.

Sonamarg: Terkenal dengan Trekking atau berkuda ke Thajiwas Glacier dan cuba papan luncur kayu ( sledge )

Gulmarg: Terkenal dengan tempat bermain ski pada musim salji dan Kereta kabel tertinggi di dunia untuk ke puncak “Kongdoori” Mountain.

Pahalgam: Terkenal dengan nama Mini Swiss untuk ke puncak Puncak “Baisaran Valley”

Ladakh: Sebuah daerah lain yang agak jauh dari Jammu dan Kashmir. Terkenal dengan kota “Leh” dan bergunung-ganang.

3

6. Makanan

Jangan bimbang dengan makanan di sana . Hampir 90% penduduk di Kashmir adalah beragama Islam dan sudah pastinya untuk mendapatkan makanan halal sangat mudah. Makanan di Kashmir sedikit berbeza dari makanan India, tidak terlalu pedas dan berempah. Yang paling penting anda harus memilih tempat makan yang benar-benar bersih.

Nanti jangan lupa cuba rasa akar teratai goreng tepung, serius sedap.

7. Telekomunikasi

Sudah pasti anda mahu update pengembaraan anda di halaman sosial. Terdapat pelbagai pilihan syarikat telco yang boleh anda beli semasa di Kashmir, tetapi ianya tidak boleh digunakan di luar dari Jammu dan Kashmir. Contohnya di New Delhi, ini berikutan masalah diskriminasi kerajaan India terhadap penduduk Kashmir. Baik anda menggunakan perkhidmatan wifi di hotel sahaja.

8. Hormat budaya mereka

Jika kita di Kashmir, sudah pastinya kita ingin mengambil gambar tempat-tempat menarik dan penduduk disana. Tetapi sila pastikan anda tidak mengambil gambar sesuka hati tanpa keinzinan dari mereka terutamanya kaum wanita.

Kaum lelaki di sana agak sensitif jika mereka tahu anda mengambil gambar wanita di sana.

Selain itu anda tidak boleh bergambar dengan anggota keselamatan di sana terutamanya askar dan polis, mengambil gambar didalam airport di Srinagar sesuka hati. Kamera kami di periksa dengan ketat semasa di lapangan terbang.

Sentiasalah senyum dan hormat dengan penduduk di sana.

9. Keselamatan

Jika anda berada di sana secara berkumpulan, sila pastikan anda sentiasa menjaga keselamatan antara satu sama lain. Jangan tinggalkan beg anda sesuka hati tanpa pengawasan kawan yang lain.

Jika anda travel secara solo sila pastikan anda hanya membawa barangan penting sahaja semasa keluar. Tinggalkan beg dan lain-lain di hotel. Anda boleh sahaja mengambil Travel insurans di Malaysia sebelum keluar Negara.

Kepada rakan-rakan wanita yang ingin ke sini, saya cadangkan anda tidak datang secara berseorangan. Ada baiknya anda datang secara berkumpulan dan ini akan lebih selamat.

Sentiasa peka dan ambil tahu tentang isu semasa yang berlaku di Kashmir sebelum ke sana, kerana di Kashmir kerap berlaku tunjuk perasaan dan suasan genting melibatkan penduduk awam dan kerajaan India.

Jika ini berlaku pastikan anda buat keputusan yang tepat sebelum kesana dan sentiasa berhubung dengan pihak hotel anda.

10. Bajet

Bajet merupakan isu subjektif untuk di terangkan. semuanya bergantung pada anda . Jika anda ingin percutian yang mudah dan tidak memeningkan kepala, sudah pastinya anda akan berbelanja lebih. Tepuk dada tanya poket anda.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kawan-kawan di luar sana untuk menerokai bumi Kashmir. Jangan lupa doakan juga saudara muslim kita di Kashmir.