Sejak keluar movie The Hobbit dengan LOTR ni, ramai sangat simpan hajat nak ke New Zealand. Mengikut data statistik, New Zealand menerima 3-4 juta pengunjung setiap tahun. Sejak saya balik dari trip New Zealand bulan lepas, ramai tanya macam mana nak jelajah New Zealand ni dengan efficient. Jadi saya kongsikan 10 tips yang kita kena tahu sebelum nak jejak New Zealand, berdasarkan pengalaman saya:

1. Elakkan jelajah NZ dalam satu trip

New Zealand ni besar sangat pulau dia. South Island mempunyai 151,215 km² in size dan North Island pula mempunyai saiz 113,729 km². Dari Auckland ke Matamata untuk tengok Hobbiton Movie Set, perjalanan akan ambil masa 2 jam driving. Kalau nak tengok Mount Doom (Mordor dalam LOTR), ia akan ambil masa 4 jam driving, dan itu kalau memandu dalam North Island sahaja.

Untuk South Island pula, dari Queenstown ke Franz Josef akan ambil masa 5 jam driving. Long distance driving memang normal untuk trip New Zealand. Jadi kalau nak cover satu New Zealand dalam satu trip tu, boleh tu memang boleh, cuma agak rushing sikit.

2. Harga Minyak Mahal Berdengung

Sebelum kita nak ke New Zealand, pastikan kita ade bajet yang cukup untuk minyak. Harga minyak di New Zealand lagi mahal berbanding dengan harga minyak di negara jiran, Australia. Kalau Aussie punya harga minyak bermula antara AUD1.3-1.5 per liter, NZ punya harga minyak boleh bermula dari NZD1.8 – 2.2 per liter. Time saya travel, nisbah currency AUD dengan NZD adalah 1:1.

3. Cuaca New Zealand yang menarik

Kalau kita travel seminggu, mahupun 2-3 minggu, pastikan ada beberapa hari yang memang free tanpa apa-apa hala tuju atau aktiviti. Sebabnya, cuaca New Zealand ni tak menentu. Jangan terkejut kalau waktu musim panas, 3 hari berturut-turut boleh hujan lebat. Sampai saya kena cari alternatif idea lah untuk isi masa lapang saya selama 3 hari tu. Elakkan selitkan aktiviti untuk setiap hari dalam trip.

4. Sisi sebenar New Zealand lebih menarik dari sisi komersial

Queenstown, Franz Josef, Hobbitton Movie Set, Milford Sounds, Wanaka adalah antara spot hangat untuk dilawati di NZ. Tapi, New Zealand ni besar sampai banyak lagi tempat yang ramai international traveler belum sampai.

Contoh, lokasi Matauri Bay yang saya terjumpa secara tak sengaja, masa cari spot untuk accommodation di utara New Zealand. Pemandangan di Matauri Bay, masya Allah, memang sangat breathtaking. Memandangkan lokasinya di sebalik lembah dan bukit bukau, sapa boleh perasan tempat ni? Bagi saya, sudah alang-alang sampai tu, why not kita explore sisi New Zealand yang tak ramai nampak. Mesti pengalaman kita lebih unik dan berharga. Banyak lagi spot tersembunyi yang saya jumpa dan saya akan kongsi lokasinya satu per satu.

5. Nak travel pada musim apa?

Musim di New Zealand dan Australia adalah terbalik dengan musim di Eropah. Kalau winter di Eropah pada bulan Disember, maka ia adalah musim panas di New Zealand. Jadi, kita kena tahu matlamat kita untuk ke sana. Nak main ski? Nak hiking? Nak tengok bunga-bunga segar bermekar? Dari situ kita boleh plan bila nak datang ke NZ.

Contohnya, kalau nak hiking, time paling perfect adalah summer. Kalau nak panjat gunung salji, maka winter la masa paling tepat. Kalau nak hike di musim luruh tu, peluang nak hike tu payah sikit sebab cuaca dia sejuk dan sentiasa hujan.

6. Aktifkan Debit/Credit Card Dengan Pin Sistem

Kebanyakan pam minyak di New Zealand masih terima bayaran tunai atau kad. Tapi kalau kita makin jauh dari bandar dan menghala ke suburban area, ada pam minyak yang menggunakan sistem ‘cashless’, di mana cara bayaran dia hanya menggunakan kad debit/kredit. Sebelum nak pakai kad ni, pastikan pastikan kad kita dah aktif sistem pin. Malaysia baru nak mula pakai sistem ni tahun ni. Saya hampir sangkut di Amsterdam gara-gara bank tak notify ade pertukaran sistem tahun lepas.

Pesanan saya, kalau pegawai bank tu kata, boleh mintak pakai sistem lama untuk transaksi kad kredit kat orang kedai tu, mintak jugak cara untuk activate sistem pin untuk kita kat pihak bank. Sebab kat suburban area, banyak kedai tiada teknologi tinggi untuk provide servis pada kedua-dua sistem transaksi.

7. WI-FI adalah business

Kebanyakan hostel atau motel di New Zealand akan cas kita untuk penggunaan WIFI. Ada je hostel yang bagi free, tapi jangan terkejut kalau kita kena cas NZD5-10 untuk 500MB – 1GB punya internet data. Ada yang cas NZD5 untuk 500MB untuk 30 minit, ada plak yang cas NZD10 untuk 1GB untuk 24jam. Bergantung pada hostel atau motel tu sendiri.

8. Patuh pada jalanraya

Undang-undang trafik memang ketat di New Zealand. Ini bermakna, kalau had limit adalah 80 km/j, maka speed kita pun kenalah 80km/j dan ke bawah. Tiada sesi pujuk memujuk pada ‘latok’ untuk dilepaskan tanpa saman. Jadi bagi yang akan memandu nanti, pay attention pada speed limit.

Begitu juga kalau ada pakai laluan tol. Boleh pakai laluan tol walaupun tiada pass macam Touch N Go. Tapi kita ada 5 hari untuk langsaikan hutang tol. Kalau tak, company rental car kena bayar denda dan dari mana lagi diorg nak cekau duit, kalau tak dari info kad kredit kita masa pick up kereta sewa hari tu?

9. Ramalan Kaji Cuaca is your best friend

Ramalan kaji cuaca dia orang kebanyakannya adalah 90% tepat belaka. Tour guide pun akan rujuk pada weather forecast ni untuk tentukan sama ada boleh on ke tak aktiviti untuk harini. Hiking trip saya kena tangguh dan mountain biking saya kena cancel gara-gara cuaca hujan lebat dan ribut petir.

Jenuh 3 hari pertama tu, saya mencari spot WIFI untuk cari alternatif aktiviti yang boleh dilakukan waktu tu. Nasihat saya, baca ayat Kursi dan berdoa pada Allah supaya permudahkan trip. Alhamdulillah, doa saya makbul masa tu. Hari yang sepatutnya hujan dan ribut petir, hari tu panas terik, hinggalah saya sampai hostel, baru hujan lebat mari. Terima kasih Allah, Alhamdulillah.

10. Parking dan saman parking

Kalau kita bawak kereta dan nak parking, pastikan kita tahu:
a) spot parking tu legal untuk parking atau tak
b) berapa lama boleh parking kat situ? 30 minit? 15 minit? 60 minit? Untuk tahu berapa lama, tengok papan tanda parking kat tepi jalan. Selalunya akan ada stated nombor 15, 30 atau 60 yang indicate tempoh boleh parking di situ

Kalau kena saman macam mana? Jangan abaikan kalau tak nak kena bayar penalti. Pergi ke mana-mana pejabat city council berdekatan dan tunjuk resit saman dan bayar on the spot. Tengok lokasi, saya kena aritu NZD12 kat Taupo, sebab parking lebih masa. Ekekeke.

Semoga membantu kawan-kawan semua!