Buat anda yang selalu membeli di Facebook khususnya pasti menyimpan nombor sebelum membuat pesanan melalui WhatsApp antara prosedur yang agak leceh. Sama ada anda ingin membuat tempahan atau sekadar bertanya harga, prosedur ini memang tidak dapat dielakkan.

Terkadang komen ‘pm’ pula cuma disambut dengan balasan “sila whatsapp kami di 012-3456789.” yang kadangkala membuatkan nafsu membeli semakin berkurang pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat para peniaga, pernah tak anda kerap memuat naik status menjual atau beriklan di Facebook namun tidak mempunyai respon daripada para pembeli langsung. Jangan risau, mungkin kaedah atau ‘call to action‘ yang anda gunakan sedikit sebanyak menyukarkan pengguna untuk membuat tempahan.

Kini terdapat cara terbaru bagi memudahkan anda serta para pembeli membuat tempahan produk yang dijual. Melalui cara terbaru ini, anda cuma perlu meletakkan link WhatsApp beserta nombor anda bagi memudahkan pelanggan berhubung dengan anda. Apa yang lebih best, tips ini tidak memerlukan pelanggan menyimpan nombor anda.

Berikut merupakan caranya. Taip www.wasap.my/nombor telefon/pesanan yang ingin dimasukkan. Pastikan anda memasukkan angka ‘6’ sebelum menyertakan nombor telefon anda. Contohnya seperti ini, www.wasap.my/60192630656/Shawl. Anda boleh copy nombor yang tertera serta pesanan yang anda mahukan mengikut kesesuaian anda.

Link yang dimasukkan akan terus ke aplikasi Whatsapp jika dibuka pada smartphone manakala link yang dibuka pada web akan dibawa ke WhatsApp Web. Sangat sesuai buat anda yang membuat Facebook Ads serta meletakkan placement mobile.

Memandangkan tool ini bukanlah tool rasmi daripada Whatsapp, kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada kebocoran data berlaku meskipun tool ini sangat memudahkan untuk semua peniaga online.

Kami harap selepas ini tiada lagi masalah pelanggan dicuri atau komen ‘pm’ yang memerlukan peniaga online membalas satu-persatu.