Selepas AirAsia mengumumkan Hawaii sebagai destinasi terbaru mereka, ramai yang teruja untuk ke sana. Tambahan pula, buat penerbangan kali ini AirAsia menawarkan harga promosi serendah RM499 sahaja. Oleh itu, saya kongsikan sedikit informasi yang anda perlu tahu sebelum terbang ke Hawaii bersama AirAsia.

1. Negeri Hawai’i (sebut Ha-wa-ee) ialah salah satu dari 50 negeri USA, dan bukan salah satu dari wilayah USA lain seperti Guam atau Puerto Rico dan lain-lain. Terdapat 7 buah pulau di Hawai’i (5 yang utama) dan penerbangan AA hanya akan berakhir di Honolulu iaitu di Pulau Oahu. Honolulu ialah ibu negeri semua kepulauan Hawai’i. Matawang yang digunakan ialah US dolar(USD/$).

2. Dengan itu kemasukannya memerlukan visa, sama seperti visa yang anda pohon untuk ke 48 negeri di tanah besar USA. Jenis visa yang dipohon ialah visa B(B1/B2)untuk pelancong/ahli perniagaan.

Harga visa ialah $160 bersamaan RM720 mengikut kadar pertukaran wang sekarang. Permohonan visa hendaklah dilakukan atas talian di sini ustraveldocs.com/my dan jika ini pertama kali anda memohon, sila pilih YES. Di sini segala maklumat boleh didapati. Sila baca dengan teliti. Gambar untuk visa ialah latar belakang putih, dan cermin mata wajib dibuka. Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping gambar.

3. Undang-undang di semua kepulauan Hawai’i ialah sama dengan undang-undang di tanah besar USA. Kereta juga dipandu di sebelah kanan dengan stereng di sebelah kiri. Walaupun Hawai’i nampak “laid back”, hang loose, atau shaka, patuhilah peraturan. Nota: USA guna sistem imperial, contohnya kilometer diganti dengan miles, kilogram diganti dengan lbs(pounds), dan lain-lain. Take note!

4. Makan dan minum, penginapan juga sama kadarnya dengan yang di tanah besar(agak mahal kalau anda tukarkan ke RM). Makanan yang wajib dicuba ketika di Hawai’i ialah poke(sebut:po-kay) iaitu nasi dengan makanan laut terutama ikan tuna merah isi gelap mentah yang dipotong kiub yang diperam dengan minyak bijan, bijan, dan furikake dan kadangkala kicap masin Jepun. Yang saya tahu ia halal dimakan kerana tiada bahan-bahan meragukan digunakan dan poke ini biasanya makan laut dan nasi saja.

5. Hawai’i tidak ada 4 musim, sama seperti Malaysia, cuma ada musim panas dan musim hujan. Musim hujan di Hawai’i biasanya pada hujung tahun. Air laut suam tapi sedikit sejuk dari air laut di Malaysia. Terdapat beberapa pantai di semua kepulauan Hawai’i di mana airnya bercampur dengan air mata air yang keluat dari perut bumi. Jadi kalau tak mahir berenang kena berhati-hati kerana air di pantai begini payau, bukan masin sepenuhnya. Air masin=apungan terbaik. While at sea, PLEASE don’t touch, pick, hurt, bring home anything. Akan ada banyak dolfin, penyu laut, manta ray yang kelihatan. Dive and snorkel responsibly!

6. Jika anda travel secara berkumpulan, eloklah sewa Airbnb. Di USA Airbnb nya banyak, jauh lebih baik dari hotel atau motel, dan murah serta boleh diharap. Jadi bila di laman aplikasi Airbnb, boleh taip spesifik “Honolulu, Oahu” kerana Hawai’i ada banyak pulau dan AirAsia hanya berakhir di Honolulu, Oahu.

7. Untuk kenderaan pula anda disarankan menyewa kenderaan pacuan 4 roda seperti Jeep Wrangler kerana sesetengah tempat terutama jalan ke pantai hanya boleh dilalui dengan kereta 4WD.

Lagipula memang lebih seronok kalau pandu Jeep di sana. Untuk penempahan kenderaan bolehlah lawat Kayak.com dan pilih tab “Cars”. Jangan risau kerana di situ akan disenaraikan deal terbaik mengikut jenis kenderaan dari semua syarikat yang ada di dunia yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta di USA.

Ketika saya di Hawai’i awal tahun 2016, kereta sewa Jeep cuma USD18/sehari. Kalau bernasib baik pasti dapat harga begini juga. Yang penting perlu rajin cari. Kayak biasa boleh diharap.

8. Harga minyak berbeza-beza mengikut stesen minyak. Sila gunakan aplikasi Gas Buddy yang seperti Google Maps tapi khas untuk cari stesen minyak dengan minyak paling murah mengikut kawasan. Cuma tekan lokasi di atas peta dalam Gas Buddy!

9. Hitchhiking ialah senario biasa di Hawai’i tapi jika ini kali pertama anda di Hawai’i, jangan “gamble” hitchhiking ya. Walaupun kelibat polis jarang dilihat, undang-undang mesti dipatuhi. Janganlah cuba tidur di tepi jalan dan sebagainya.

10. Buat yang nak jejak 6 pulau lain Hawai’i, penerbangan utama ialah Hawai’i Airlines tapi tak semua pulau Hawai’i Airlines boleh jejak. Cara lain ialah helikopter atau bot atau feri. Pulau Hawai’i yang luar biasa, tak disentuh dan wild bagi saya ialah Big Island iaitu pulau paling selatan yang juga paling besar antara 7 kepulauan negeri Hawai’i.

Ketika artikel ini ditulis, lava gunung berapi Kīlauea yang aktif yang sedang mengalir tanpa henti ke laut yang anda akan dapat lihat bila anda ikut tour untuk lihat lava di Hawai’i Volcanoes National Park. lihat video di sini. Oleh kerana ini Big Island ialah pulau Hawai’i yang asli dan istimewa.

11. Kedai runcit utama di Hawai’i ialah ABC, kiranya macam 7E di Malaysia. Di sini macam-macam boleh dibeli termasuk souvenir, poskad, dan setem dan biasanya sedikit murah dari kedai cenderahati lain. Pejabat pos utama USA ialah USPS (United States Postal Service). Kalau nak beli setem poskad antarabangsa sila minta GLOBAL atau FOREVER GLOBAL. Harganya ialah $1 sekeping dalam bentuk sticker.

12. “Mahalo” ialah ucapan terima kasih dan juga selamat tinggal. You will hear this a lot. Use them! Tak salah guna. Orang Asli Hawai’i ialah penduduk tetap semua kepulauan Hawai’i, bukan mat saleh. So it’s good to learn a little bit about them, the do’s and don’ts.

Semoga ini dapat membantu anda mengenali Hawai’i. Kalau ada yang saya tertinggal saya akan tambah lagi. Untuk lokasi spesifik yang boleh dilawati di Oahu atau Big Island, boleh hubungi saya.

Share this responsibly and give credit where credit is due. Last but not least…

Welcome to the United States, and enjoy your Hawaiian trip!

Love,
Hannah On Earth on “My Journey to all 50 states of the USA” story.