Walaupun kerap kali tertangkap dan dikesan pihak berkuasa namun sindiket dan kumpulan penipuan dalam talian di negara kita sepertinya tidak akan berhenti untuk menjalankan aktivit haram dan keji mereka.

Jika sebelum ini mereka menyamar sebagai wakil pihak berkuasa untuk menakutkan mangsa, kali ini lain pula modus operandi-nya apabila mereka dilaporkan menggunakan kaedah seperti meniru suara ahli keluarga dan kenalan rapat bagi tujuan memperdaya mangsa.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menjelaskan bahawa dalam kaedah penipuan tersebut, penjenayah akan memperkenalkan diri serta memberitahu mangsa bahawa nombor yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka.

“Penjenayah kemudian akan memberikan nombor akaun yang bukan milik ‘rakan’ atau ‘ahli keluarga’ mangsa bagi tujuan mendapatkan wang yang ingin dipinjam itu.

“Lebih menarik lagi, suspek berjaya memperdaya mangsa dengan meniru suara sebenar atau mirip suara rakan atau ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa akan lebih yakin bahawa individu tersebut merupakan rakannya selepas mendengar suara mereka dan akan mempercayai yang mereka dalam kesusahan dan ingin meminjam wang.

Selepas perbualan antara mereka tamat, mangsa akan diberi nombor akaun bukan milik rakan atau ahli keluarga mangsa sebenar untuk dimasukkan wang.

“Tanpa membuat semakan terlebih dahulu mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek.

“Mangsa akan mula menyedari dirinya ditipu apabila beliau cuba menghubungi rakan atau ahli keluarga sebenar menggunakan nombor telefon asal mereka sebelum mendapati mereka tidak membuat permintaan pinjaman wang seperti disangka,” tambahnya lagi.

Nik Ezanee turut mengatakan bahawa pada tahun ini sahaja, sebanyak 78 laporan diterima yang membabitkan kerugian hampir RM7 juta berkaitan jenayah siber dan multimedia dari Januari sehingga hari ini.

“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka iaitu membabitkan penjenayah menggunakan modus operandi penyamaran dan ia melibatkan kerugian sebanyak RM250,000,” katanya.

Pihak polis telah menasihatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan yang tidak dikenali.

Sentiasa semak dahulu akan kesahihan sesebuah maklumat yang diterima supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.

Baca juga laporan semasa dan terkini dalam negara yang kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Muncul Dakwaan Merogol Gadis, Pendakwah Selebriti Telah Ditahan Polis Semalam

Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan x Dior RM34,000

Anda Mungkin Suka