Pihak pengurusan Raffles Institution di Singapura menyatakan kekecewaan mereka dengan tindakan tiga pelajar sekolah yang  dirakam membuang wang mereka di dalam mangkuk tandas.

Dengan tajuk ’tisu tandas kami’, rakaman ini telah dirakam oleh mereka sendiri dan dimuat naik di laman Instagram pelajar tersebut. “Seorang pelajar dirakam membuang 50 dolar Singapura (RM150.00) ke dalam tandas,” lapor Asia One.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua video lain menunjukkan dua pelajar yang berbeza bertindak membuang wang kertas dari salah satu balkoni sehingga wang itu dibawa oleh angin.

Dalam satu kenyataan, pengetua Raffles Institution, Frederick Yeo melaporkan bahawa sekolah ini tidak pernah mengajar pelajar mereka bertindak sedemikian. Dia juga telah memberi nasihat yang tegas kepada pelajar-pelajar tersebut disebabkan tindakan kurang bijak dan tidak sensitif ini.

Yeo menambah bahawa pihak sekolah akan mengenakan tindakan tatatertib kepada pelajar. “Ketiga mereka telah menyatakan kekesalan atas tindakan yang diambil,” kata Yeo.

Pihak sekolah turut menyatakan bahawa kejadian ini telah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka. “Kami yakin pelajar ini akan belajar dari kesilapan yang dilakukan dan berkomitmen untuk berkelakuan lebih baik pada masa akan datang,” kata Yeo.

Sebelum ini, seorang guru tai chi tewas dalam masa 30 saat selepas berlagak dengan lawannya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berlagak Dapat Tewaskan Petinju UFC, ‘Master’ Tai Chi Ini Tewas Dalam Masa 30 Saat Sahaja

Perlekeh Kualiti ‘Gloves’ Buatan Malaysia, Netizen Sekolahkan Warga British Yang Berlagak

Sumber