Billionaire dari Austria, Clive Palmer sedang menyiapkan replika kapal paling terkenal dunia, Titanic yang dinamakan ‘Titanic II’. Kapal yang berharga USD432 juta ini dijangka akan mula belayar pada tahun 2018. Pada awalnya, Clive mahu memulakan projek itu pada tahun 2012, tetapi terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Kapal Titanic II ini akan datang dengan sistem keselamatan serba baru. Ianya juga 4 meter lebih lebar dari kapal Titanic lama supanya ianya mengikut standard keselamatan maritim yang terbaru. Kapal ini akan mempunyai 3 kelas tiket, mempunyai 9 tingkat dan dapat membawa 2400 orang penumpang dan 900 orang anak kapal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menarik tentang kapal Titanic II ini ialah ianya akan dibuat hampir 100% seperti rekaan dalam Titanic yang terdahulu. Jadi penumpang akan merasai perasaan seperti naik kapal Titanic yang sebenar. Pelayaran pertamanya nanti akan bermula dari Jiangsu, China ke Dubai.

Iceberg tiada di laluan China ke Dubai. Jadi kapal ini tidak akan karam disebabkan iceberg sekali lagi. Siapa nak feeling jadi seperti Jack dan Rose, boleh cuba beli tiket apabila ianya dijual kelak. You jump, I Jump.

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-18

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-14

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-19

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-21

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-32

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-12

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-9

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-6

titanic-2-replica-real-size-clive-palmer-1

Sumber