Sejak pada tahun lalu, TM sering diberi perhatian oleh pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia dalam menawarkan pelan internet yang lebih mampu milik buat para pengguna. Desakan ini dibuat bagi membolehkan para pengguna menikmati internet yang pantas dengan harga yang mampu milik.

Terbaru, syarikat TM dikatakan sedang dalam rancangan untuk menawarkan sebuah lagi pelan terbaru buat para pengguna. Pelan yang dicadangkan ini bakal membolehkan pengguna Streamyx menikmati internet yang lebih pantas dengan harga yang lebih rendah berbanding had kelajuan sedia ada.

unifi-air
Sumber: Unifi Air

Pelan yang bakal diumumkan adalah pakej Unifi Air dimana ianya memberi akses kepada pengguna kepada internet jalur-lebar LTE tanpa had menerusi modem yang ditawarkan. Lebih menarik, pelan yang bakal ditawarkan ini tidak hadir dengan sebarang sekatan kouta internet seperti pelan Unifi Basic.

Difahamkan pelan ini dijayakan bagi membolehkan pengguna luar bandar menikmati internet pantas tanpa perlu pihak TM menghubungkan infrastruktur jalur lebar tetap yang bakal menelan kos yang tinggi. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana pelan ini bakal memudahkan pengguna menikmati internet pantas dalam jangka masa yang panjang.

Sumber