TM baru-baru ini telah menerbitkan sebuah iklan teaser menerusi laman media sosial Facebook dan Twitter. Iklan tersebut memberikan bayangan mengenai produk terbaharunya.

Selain daripada hashtag #KotakApaNi dan tarikh pengumuman pada 2 Disember ini, tiada informasi lain yang dikongsikan menerus hantaran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan hashtag yang digunakan, dijangkakan TM akan memperkenalkan perkhidmatan akses wireless tetap(FWA) 5G melalui unifi. Tambahan pula, TM baharu sahaja menawarkan akses 5G kepada pelanggan unifi Mobile buat masa ini yang hanya terhad untuk kegunaan pada telefon pintar sahaja.

Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan jalur lebar wireless dari TM buat masa ini, anda kini ditawarkan dengan satu pilihan sahaja iaitu unifi Air yang berasaskan LTE. Tidak dapat dipastikan jika penawaran perkhidmatan baharu tersebut turut menawarkan kotak IPTV.

Bagaimanapun, segala persoalan mengenai iklan yang dijangka pengenalan produk baharu TM ini bakal dirungkai pada hari pengumuman tersebut. Sama-sama kita nantikan pada 2 Disember kelak.

Sumber