Baru-baru ini tular satu keratan akhbar yang menunjukkan bahawa menara ikonik di Kuala Lumpur iaitu Menara TM bakal dijual.

Dalam siaran media tersebut, Menara TM ditawarkan di pasaran pada harga yang tidak didedahkan jumlahnya dan menyatakan bahawa jualan tersebut dijalankan secara pernyataan minat dan tarikh tutup bagi jualan peringkat pertama ditetapkan pada 12 tengah hari, 18 Mac, 2022.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, Telekom Malaysia Bhd (TM) semalam memberitahu orang ramai bahawa syarikat terbabit bukanlah pemilik, malah hanya menyewa banggunan tersebut. TM turut menegaskan bahawa mereka tidak terbabit langsung dalam usaha jualan oleh pemilik hartanah tersebut, Menara ABS Bhd.

“Syarikat kini dalam proses menempatkan semula sebahagian besar daripada pejabat korporat TM di hartanah miliknya, termasuk TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 serta di Cyberjaya.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha pengoptimuman syarikat bagi mempertingkat kecekapan dan ketangkasan selain selaras dengan persekitaran kerja secara hibrid,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Tersenarai sebagai antara 10 bangunan tertinggi Malaysia, Menara TM dilaporkan sedia untuk dijual. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Tersenarai Sebagai Antara 10 Bangunan Tertinggi Malaysia, Menara TM Dilaporkan Sedia Untuk Dijual

Netizen Tak Bangga Dengan Menara Kedua Tertinggi Dunia Merdeka 118

Sebuah Lagi Menara Tertinggi Malaysia Bakal Dibina