Telekom Malaysia nampaknya sekali lagi menawarkan pelan yang lebih menarik berbanding sebelum ini buat para pengguna. Jika sebelum ini pelan unifi 30Mbps hadir dengan kuota 60GB sebulan pada harga RM79 sebulan, kini pelan ini tidak lagi hadir dengan kuota.

Mengekalkan had kelajuan yang sama, TM telah memperkenalkan pakej ini dengan harga RM89 sebulan. Pakej ini membolehkan para pengguna memuat turun dengan kelajuan 30Mbps dan muat naik dengan kelajuan 10Mbps. Caj panggilan suara masih lagi dikekalkan dengan harga 20 sen seminit.

Khas buat pelanggan terbaru, anda berpeluang mendapat langgan percuma selama sebulan dimana promosi terhad ini berlangsung sehingga 30 September ini. Melihat kepada pakej yang ditawarkan, sememangnya ini yang dinantikan buat orang ramai serta pengguna unifi khususnya untuk penggunaan di rumah.

Kami kongsikan kepada beberapa lagi pakej lain yang diperkenalkan TM baru-baru ini. Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Kesemua Pelanggan Streamyx Bakal Ditawarkan Pakej Unifi Lite 8Mbps Dengan Harga RM69 Sebulan

Unifi Mobile Tawarkan Pakej Berbaloi Buat Penjawat Awam Dengan Harga RM59 Sebulan

TM Bakal Tawarkan Pelan Unifi Air Berharga RM79 Dengan Kuota Tanpa Had

Sumber