Menyebut tentang telekomunikasi di Malaysia, syarikat Telekom Malaysia sememangnya memain peranan penting sejak daripada mula diperkenalkan. Bermula dengan menawarkan servis panggilan telefon sehingalah kepada penawaran jalur lebar internet pantas.

Walaubagaimanapun, dominasi syarikat Telekom Malaysia nampaknya turut membawa kepada peningkatan harga jalur lebar berdasarkan laporan daripada Bank Dunia.

tm-point_desktop-222Jun2015174309

Penguasaan 92% penawaran jalur lebar daripada Telekom Malaysia ini secara tidak langsung berjaya mendesak pengguna untuk membayar harga yang tinggi bagi mendapatkan servis daripada mereka.

Servis daripada TM selaku pemilik tunggal turut melihat syarikat ini mengenakan cas jauh lebih tinggi berbanding harga yang dikawal selia bagi perkhidmatan jalur lebar lain sekitar Asia Tenggara.

Selain itu, dasar kebangsaan dan pengaturan peringkat negeri yang berbeza untuk penempatan rangkaian telah menghalang kemunculan pesaing baharu sekaligus membuatkan TM kekal dominen atau dalam erti kata lain syarikat lain gagal menawarkan servis yang sama.

TM-tower_20180815162206_www.tm_.com_.my_

Mengulas mengenai kuasa dominasi, sudah menjadi lumrah syarikat perintis menggunakan kuasa pasarannya untuk menghalang akses bagi syarikat lain menawarakan servis yang seakan sama.

Setakat ini, pihak kerajaan baru-baru ini sudahpun berbincang bersama beberapa syarikat jalur lebar serta telco dalam menawarkan harga berpatutan.

Terbaru TM telahpun menawarkan pakej Unifi Basic dan Unifi Turbo dalam menawarkan harga yang lebih baik berbanding sebelum ini buat pengguna jalur lebar internet. Buat kawasan sekitar yang tidak mempunyai jalur lebar, pergantungan kepada pakej TM Streamyx amatlah diperlukan.

Sumber