Disaat pelanggan unifi ditawarkan dengan pelan harga serta peningkatan kelajuan daripada pihak TM, pelanggan streamyx ternyata turut tidak dilupakan oleh syarikat ini.

Berdasarkan penggubahan pelan terbaru Telekom Malaysia Bhd (TM), Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar mengesahkan pihaknya sedang dalam proses untuk menaik taraf pengguna yang menggunakan streamyx kepada pelan jalur lebar unifi. Hal ini berikutan untuk membantu lebih ramai pengguna mendapatkan internet pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

TM-tower_20180815162206_www.tm_.com_.my_

Selain itu, pihak TM dikatakan turut mengusahakan lebih banyak kawasan dengan penyediaan jalur lebar bagi membolehkan para pengguna menikmati internet pantas dengan lebih mudah.

Difahamkan setakat ini sahaja, sudah 50% pengguna streamyx sudahpun dinaik taraf sebagai pengguna unifi tanpa sebarang kos tambahan pada bil bulan sedia ada. Sekiranya anda belum mendapatkan pelan naik taraf daripada TM, mungkin anda boleh menyemaknya di laman web TM.

Screen Shot 2018-09-26 at 11.34.58 AM

Diharap para pengguna Streamyx dapat menikmati internet berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih berbaloi sepertimana pengguna unifi. Setakat ini pelan Streamyx 4Mbps adalah RM139 manakala unifi 100Mbps adalah RM129.

Sumber