Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai inisiatif TM dalam menarik pelanggan baru dan sedia ada untuk menggunakan servis unifi. Harga yang lebih rendah serta meningkatkan kelajuan antara ditawarkan TM buat para pengguna.

Terbaru, TM sekali lagi membuat kejutan dengan memperkenalkan promosi terbaru dimana pelanggan baru bepeluang melanggan unifi secara percuma sehingga 31 Disember 2019 ini.

Melalui tips yang dikongsikan Fariz Hazwan di Facebook, para pelanggan berpeluang mendapatkannya dengan mengikat kontrak bersama TM selama 24 bulan. Buat pelanggan sedia ada, TM turut menawarkan pakej yang sama dimana anda juga boleh menikmati bil percuma selama tiga bulan dengan mengikat kontrak selama 24 bulan.

Pada kami promosi yang ditawarkan TM ini amat berbaloi untuk didapatkan khususnya buat pelanggan sedia ada yang sudah dan akan menggunakan unifi dalam tempoh yang panjang. Buat anda selaku pelanggan sedia ada unifi yang mahu mendapatkan promosi hebat ini anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi promosi yang dijalankan pihak TM sebelum ini. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

https://www.thevocket.com/tm-perkenalkan-pelan-unifi-30mbps-dengan-langganan-sebulan-percuma-berharga-rm89/

Kesemua Pelanggan Streamyx Bakal Ditawarkan Pakej Unifi Lite 8Mbps Dengan Harga RM69 Sebulan

Unifi Mobile Tawarkan Pakej Berbaloi Buat Penjawat Awam Dengan Harga RM59 Sebulan