Bermula Januari tahun ini, TM telah menghentikan perkhidmatan mereka yang menyediakan set kotak Unifi TV (STB) kepada pelanggan baru dimana sebelum ini ianya membolehkan para pengguna Unifi TV atau nama lamanya Hypp TV menonton rancangan TV yang ditawarkan di dalam pakej yang telah dilanggan mereka.

unifi-tv-faq-jan19-01

201911141041192625
HYPE
Ketahui Mengapa Kini Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Dapatkan Peranti Huawei
Baca lagi →

Menurut dokumen FAQ, sebab mengapa TM telah memutuskan untuk tidak lagi menyediakan pelanggan baru set kotak Unifi TV (STB) adalah kerana mereka melihat kebanyakan pengguna kini lebih suka menstrim kandungan menggunakan peranti pintar mereka.

Walaupun pelanggan tidak disediakan dengan STB untuk TV mereka, pelanggan masih boleh mengakses dan menonton rancangan kegemaran mereka kerana ianya masih dapat diakses melalui aplikasi PlayTV unifi.

Dalam maklumat lain, dikatakan set telefon tanpa wayar juga telah tiada dalam penawaran kepada pengguna.

Anda Mungkin Suka