Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebagai tanda penghargaan untuk usaha keras dan dedikasi setiap pemain dan staf dalam menjadikan JDT kelab terbaik di Malaysia, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan jam tangan Rolex buat semua pemain serta staf yang berkhidmat untuk JDT.

Perkara berkeaan disahkan di laman rasmi JOHOR Southern Tigers dan dapat dilihat keceriaan di wajah pemain JDT. Antara pemain yang dilihat berada di butik Rolex adalah Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad,Kiko Insa dan pengurus dan Ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa.

Ianya mengingatkan kami kepada pasukan Leicester City sewaktu menjuarai English Premier League (EPL) untuk musim 2015–2016. Setiap pemain dihadiahkan sebuah kereta BMW i8 sebagai tanda terima kasih daripada pengerusi kelab berkenaan, Vichai Srivaddhanaprabha.

Jam tangan Rolex ini pastinya akan menjadi pembakar semangat untuk setiap pemain JDT untuk terus berusaha keras dalam memberi saingan di Liga Super Malaysia. JDT hari ini akan bertembung dengan pasukan PTT RAYONG FC dalam satu perlawanan persahabatan di Thailand.

Anda Mungkin Suka