Penulis buku Crazy Rich Asian, Kevin Kwan mendapat inspirasi tempat tinggal keluarga Young daripada Istana Woodneuk di Singapura. Untuk pengetahuan semua, Istana Woodneuk kini hanyalah istana dua tingkat yang tidak berpenghuni di Taman Tyersall, berhampiran Singapore Botanic Garden.

Menurut catatan sejarah, istana ini mula dibangunkan tahun 1935 dan didaftarkan dibawah nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan TMJ pada ketika ini. Ini bermaksud TMJ adalah pemilih untuk salah satu hartanah termahal di Singapura.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Town & Country menyebut, istana ini pernah didiami oleh salah satu pasangan keluarga Kevin Kwan iaitu Margaret Kwan dan suaminya Dr. Hu Tsai Kwen. Pada ketika itu, istana ini merupakan salah satu hartanah paling mewah di Singapura.

tcx080118snopener003-1531509236

sumber; Town & Country

Menurut laporan Bloomberg, istana ini kini bernilai anggaran $3.5 bilion (~RM14.26 bilion) jika dibangunkan dan dibaik pulih semula.

Walau bagaimanapun, dalam laporan yang sama menyebut TMJ tidak akan mendapat sebarang pulangan dalam bentuk wang (tidak boleh dijual) kerana kawasan tersebut telah dilabelkan sebagai “green zone” yang menandakan kawasan tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.

Buat masa ini Istana Woodneuk mungkin dalam keadaan usang tetapi dengan populariti filem Crazy Rich Asians, istana ini mungkin akan kembali berseri di masa akan datang? Sama-sama kita tunggu.

Anda Mungkin Suka