Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial mengenai kes melibatkan remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella. Dakwaan yang dikongsikan oleh saksi antara yang membuatkan para netizen tertanya-tanya sekaligus simpati terhadap nasib remaja tersebut.

Terbaharu, selepas isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berikrar mahu menuntut keadilan keatas Bella, TMJ menerusi laman media sosial turut memaklumkan sedia menawarkan peguam-peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Menurut TMJ, baginda akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung tawaran tersebut yang akan membolehkan barisan peguamnya menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berkenaan.

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” titahnya dalam hantaran di media sosial.

Menurut Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” titahnya.

Perkongsian TMJ mengenai usahanya dalam membantu kes ini nampaknya berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan keputusan yang dilakukan. Berikut merupakan respon daripada para netizen terhadap titah yang dibuat TMJ.

https://twitter.com/_nrlhfd/status/1515461892797775875

Untuk pengetahuan, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Diharapkan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan telus sekaligus memberikan keadilan yang sewajarnya buat pihak yang teraniaya.

Che Puan Khaleeda juga antara yang serius mahu bantu tuntut keadilan buat Bella. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha yang dilakukan dengan klik pautan di bawah.

Che Puan Khaleeda Ikrar Mahu Bantu Tuntut Keadilan Untuk Bella

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian