Teenage Mutant Ninja Turtles, Teenage Mutant Ninja Turtles. Kembali lagi bersama saya dalam sesi ulasan filem. Filem kali ini adalah Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadow (TMNT) dan adakah anda perlu tonton filem ini di pawagam? Jawapannya adalah ya!

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Donatello, Michelangelo, Leonardo dan Raphael kembali untuk mengembirakan anda. Adakah anda tahu nama watak-watak TMNT ini datangnya dari nama pelukis Itali semasa zaman Renaissance dahulu? Sekarang anda tahu.

Filem Teenage Mutant Ninja Turtles: Out Of The Shadow ini adalah arahan David Green dan Michael Bay seperti biasa selaku produser. Kalau ada Michael Bay, mesti ada banyak letupan. Ya, tepat sekali. Filem ini tidak lari dari konsep filem Michael Bay sebelum-sebelum ini.

Filem ini adalah sambungan dari filem pertama Teenage Mutant Ninja Turtles. Shredder kini di dalam tahanan polis dan New York aman tanpa sebarang ancaman. Konflik TMNT bermula dengan Shredder yang akan dipindahkan keluar dari New York. Dalam proses pemindahan itu, Shredder ditempatkan sekali bersama Rocksteady dan Bebop. Yeah, watak penjahat duo TMNT ini akhirnya muncul dalam sekuel kali ini!

bebop rocksteady

Jadi angkatan Foot Soldier diketuai Prof Baxter Stockman berjaya menggagalkan proses pemindahan Sheredder menggunakan sistem teleportasi. Ketika dalam proses teleportasi itu, tiba-tiba Shredder termasuk ke dalam dimensi Emperor Krang! Shredder diarahkan untuk mengumpul 3 artifak penting supaya Emperor Krang dapat menghantar battleship miliknya ke dunia manusia dari dimensi lain.

Shredder merasakan ia satu peluang baik untuk bekerjasama dengan Emperor Krang tetapi penghalang beliau adalah 4 turtles ini. Jadi Emperor Krang memberi satu serum untuk Shredder gunakan untuk mengalahkan 4 Turtles ini. Jadi dengan Serum itu, beliau jadikan Rocksteady dan Bebop mutant yang kuat.

Megan Fox a.k.a April berjaya mendapatkan baki serum itu supaya Shredder tidak mencipta lebih banyak tentera mutant seperti Bebop dan Rocksteady. Tetapi April tidak berjaya melarikan serum itu dan serum itu jatuh ke tangan pihak polis. April cuma dapat membawa pulang picagari yang mengandungi sedikit serum itu yang dibawa kepada Donatello untuk diuji kaji. Donatello berjaya reverse kan serum itu dan jika mereka dpt serum itu dalam kuantiti banyak, mereka boleh jadi manusia!

human hand

Adakah mereka bertukar menjadi manusia dalam filem ini? Itu anda kena tengok sendiri. Jadi Apa yang boleh saya katakan filem ini adalah satu filem yang fun dan ringan sepanjang masa. Tak perlu berfikir secara deep pun untuk faham cerita ini.

Saya tonton filem ini dengan ada seorang budak kecil dalam usia tiga tahun di sebelah. Sepanjang filem ini beliau gelak dan enjoy saja. Tapi tak larat dengar budak tu asyik mengira one to ten bila part yang tiada aksi. Haha. Layankan sajalah. Sebab cerita ini pun tidaklah heavy sangat yang memerlukan saya berfikir dan beri tumpuan lebih.

teenagee

Scene paling menarik dalam filem ini adalah scene kejar mengejar turtles ini dengan kenderaan van Cowabunga mereka. Awesome! Sedikit kecewa kerana scene kereta ini singkat sangat. Tak puas tengok. Watak Emperor Krang juga agak minimal dalam filem ini. Mungkin peranan Emperor Krang akan bertambah dalam sekuel filem ini yang akan datang. Jika ada.

Tetapi overall cerita ini adalah hiburan santai yang straight forward. Jangan terlalu high expectation untuk filem ini. Nanti kecewa. Bawa sekali anak buah anda tonton filem ini. Pasti mereka suka. Untuk filem ini saya akan beri dua rating. Satu rating berdasarkan reaction budak kecil yang sangat enjoy tengok filem ini di sebelah saya, satu lagi rating dari sisi orang dewasa. Rating dari budak itu pasti 9/10, dan rating saya pula 7/10 untuk filem ini. Go to the cinema, sit tight, eat pizza and enjoy! Cowabunga!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group