Sebut mengenai aktiviti melombong kripto bitcoin, pasti ramai yang membayangkan keuntungan yang bakal diterima melihat kepada peningkatan harganya. Walau bagaimanapun, terdapat sekumpulan individu yang memilih jalan ‘singkat’ untuk peroleh keuntungan dengan cara yang haram.

Aktiviti nampaknya berjaya disyaki oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila mendapati kumpulan ini telah melakukan pengusikan ke atas peti agihan elektrik bagi mengurangkan kos bayaran bil elektrik sekaligus mengakibatkan TNB menanggung kerugian RM3.2 juta.

Berdasarkan laporan, didapati aktiviti melombong kripto bitcoin ini dijalankan di 33 premis sekitar Kuantan, dimana 23 daripadanya berjaya diberkas manakala 10 operasi lagi sempat dihapuskan bahan bukti sebelum pihak TNB tiba.

Wires
Sumber: Coindesk

Serbuan Ops Bitcoin ini telah melibatkan 30 pasukan khas dan lima anggota Jabatan Perkhidmatan Keselamatan TNB menggunakan waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala  Lumpur.

Melalui serbuan yang dibuat, kumpulan ini didapati menggunakan komputer berspesifikasi tinggi serta membuatkan sambungan pintasan daripada peti agihan elektrik secara terus ke dalam premis tanpa melalui meter.

bitcoin
Sumber: new york post

Pihak TNB mula mengesyak aktiviti yang dijalankan apabila bayaran bil yang dibayar setiap bulan cuma RM219 manakala jumlah elektrik yang digunakan mencecah RM108,000 bagi sebuah premis. Sehubungan dengan itu, tuntutan bayaran balik turut dikenakan kepada pemilik akaun bitcoin ini.

Sekiranya anda mengesyaki atau mempunyai info mengenai kejadian yang seakan sama, anda boleh menghubungi pihak TNB Careline menerusi emel [email protected].

Sumber