Sesuai dengan zaman industri 4.0, Bank Negara Malaysia pada minggu ini telah memberi kata putus untuk mengesahkan kerjasama Alipay bersama Touch ‘n Go bagi membangunkan TNG Digital. Sebuah syarikat bagi membantu orang ramai melakukan transaksi tanpa tunai atau cashless melalui platform atas talian dan juga offline.

Berdasarkan rundingan yang dibuat, Touch ‘n Go bakal memegang majoriti saham manakala Alipay tampil sebagai minoriti. Kerjasama ini juga dilihat sebagai langkah buat syarikat-syarikat lain untuk sama-sama ke arah cashless dimana wang disimpan dan dikeluarkan secara e-wallet.

Memandangkan teknologi ini masih baru buat pengguna di Malaysia, kami dapati ada yang suka mengenai konsep e-wallet ini manakala ada yang berpendapat sebaliknya. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Baca lagi: Bagaimana ‘Industry 4.0’ Bakal Mengubah Landskap Bisnes Para Usahawan

Sumber