TNG eWallet sudah menjadi satu medium pembayaran yang sedia digunakan secara meluas di Malaysia. Dengan penambahan ciri baharu pada saban hari, tidak hairanlah dapat menarik ramai pengguna di luar sana.

Terbaharu, YouGov kini telah mengeluarkan senarai tahunan mereka untuk jenama-jenama popular melibatkan kewangan dan pembayaran sepanjang 2022 di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouGov

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, dompet digital Touch ‘n Go eWallet berjaya mendapat tempat pertama dengan skor 39.9. Sementara dibelakangnya pula adalah Maybank dengan skor sebanyak 38.7.

Jenama lain yang turut tersenarai adalah seperti DuitNow, PayPal, FPX dan juga Visa. Selain TNG, salah satu lagi dompet digital terkemuka yang tersenarai adalah GrabPay yang berada di kedudukan ketujuh.

YouGov mengatakan penyenaraian ini dilakukan berdasarkan kepada himpunan data YouGov BrandIndex mereka. Untuk makluman, YouGov merupakan sebuah organisasi global yang melakukan tinjauan pendapat di internet mengenai pelbagai topik umum di seluruh dunia.

Sumber