Sehingga ke hari ini, orang ramai sedang memburu kad TNG NFC kerana masih belum berpeluang memilikinya. Sementara menunggu stok kad kembali tersedia, pihak TNG sedia tawarkan pula kad edisi terhad menerusinya.

Terbaharu, pihak Touch ‘n Go kini menawarkan siri kad TNG NFC edisi ‘Mission GreenPossible’ pada harga RM25. Kad ini menampilkan rekaan berunsurkan alam sekitar bersempena kempen menghijaukan Malaysia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Lazada

Menerusi Touch ‘n Go, mereka bakal menyumbangkan RM1 kepada misi menghijaukan Malaysia bagi setiap pembelian kad tersebut. Misi ini menyasarkan untuk menanam 100 juta pokok dalam mengekalkan ekosistem dan pelbagai spesis pokok menjelang tahun 2025.

Jika anda berminat, kini kad TNG NFC Edisi ‘Green MissionPossible’ boleh dipra-tempah menerusi platform Lazada. Perlu diingatkan anda hanya boleh membuat pembayaran menggunakan TNG eWallet sahaja.

Berdasarkan penyenaraian di Lazada, kad tersebut bakal dihantar di dalam tempoh 30 hari. Selain itu, anda juga diingatkan untuk mengaktifkan kad sebaik diterima agar boleh menamba nilai dengan ciri NFC.

Sumber