Seperti yang kita sedia maklum, pihak TNG berminat menawarkan kad prabayar VISA yang boleh dipautkan pada aplikasi TNG eWallet. Dengan ini, pengguna boleh berbelanja dan mengeluarkan wang daripada TNG eWallet dengan mudah.

Pada hari ini, pihak TNG secara rasmi melancarkan kad prabayar hasil kerjasama dengan VISA. Menerusi kad prabayar ini, pengguna boleh menggunakan kad tersebut untuk membuat pembayaran di kedai-kedai fizikal termasuklah di dalam mahu pun luar negara.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

Di samping boleh menggunakan baki dompet digital, TNG turut menekankan yang mana ia merupakan kad pertama di Malaysia yang hadir tanpa paparan nombor. Jadi jika berlaku kehilangan kad, para pengguna tidak perlu risau akan penyalah gunaan oleh pihak lain.

Dalam pada itu, pengguna turut diberikan kebebasan untuk mengawal sejumlah perkara berkaitan kad terus melalui aplikasi. Ini termasuklah untuk mengaktifkan penggunaan harian, jumlah pengeluaran wang ATM dan sebagainya.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

Di samping itu, pihak TNG berkolaborasi bersama United Voice untuk menghasilkan rekaan pada kad prabayar VISA kali ini. Difahamkan setiap RM2 daripada pembelian bakal disumbangkan kepada organisasi tersebut.

Pihak TNG menegaskan lagi bahawa kad prabayar VISA ini tidak boleh disekalikan fungsi NFC kerana tidak bersesuaian. Hal ini kerana fungsi NFC dan Paywave bakal bercanggah sekaligus menyukarkan penggunaan harian.

Buat masa ini, tiada lagi sokongan Apple Pay dan pihak TNG terbuka untuk berkerjasama dalam membolehkan sokongan pembayaran Apple Pay pada masa kelak.

Anda yang berminat boleh dapatkan menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja dan hanya dikenakan caj RM5 untuk penghantaran. Anda juga bakal menerima kad maya sebaik sahaja diaktifkan.

Sumber