Peperangan di antara puak Yahudi dan pejuang Palestin tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa situasi genting ini akan berhenti.

Bagaimanapun, peperangan tidak hanya tercetus di medan perang, tetapi ia juga mula meletus di kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, seorang aktivis Israel yang lantang mempertahankan tindakan Israel menyerang Gaza telah dikecam oleh rakyat Malaysia.

Ido Daniel, seorang pejuang hak asasi manusia yang berbangsa Yahudi adalah antara aktivis yang lantang mempertahankan serangan Israel ke Gaza.

Dia sebelum ini telah menyuarakan pendapatnya di laman Twitter peribadinya yang mempunyai 18,000 pengikut.

Ciapannya yang sebelum ini mengecam tindakan netizen Malaysia yang meraikan kematian dua tentera Zionis telah mendapat perhatian netizen sehingga dia dikatakan ‘koyak’.

‘Koyak’ dalam erti kata anak muda zaman sekarang adalah seseorang yang tidak boleh menerima kenyataan dengan sesuatu perkara sehinga ia memberi kesan kepada dirinya.

Ciapan balas Ido Daniel yang berbunyi ‘koyak to you too’ juga telah mendapat reaksi lucu daripada netizen Malaysia.

Tidak pasti adakah Ido Daniel faham dengan apa yang ditulis olehnya, namun tindakannya membuat video dengan berkata ‘koyak to you too’ juga mendapat kecaman daripada netizen Malaysia.

Di dalam video yang berdurasi selama 8 saat ini telah mendapat lebih 30,000 reaksi pengguna sosial media terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Kebanyakan daripada mereka mengecam tindakan Ido Daniel yang tidak faham realiti sebenar di mana Israel adalah kumpulan kejam yang memulakan kekacauan di Palestin.

Sebahagian daripada netizen Malaysia juga berjanji bahawa mereka tidak akan berhenti untuk terus menyedarkan Ido Daniel tentang kekejaman Israel.

Untuk rekod, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa mereka telah menghantar tentera ke Gaza.

Namun IDF menyatakan bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa lagi arahan untuk mula menyerang Gaza.

Manakala para pakar memberi bayangan bahawa situasi genting di antara Palestin dan Israel bakal mengorbankan banyak nyawa.

Kumpulan Rage Against The Machine dikecam peminat kerana sokong Palestin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin

Hujan Peluru Dari Gaza Belum Berhenti, Israel Mula Dilanda Perang Saudara Pula

Kenali Briged Al-Qassam, Pejuang Yang Berjaya Menakutkan Tentera Zionis Israel