Jika anda merupakan peminat Marvel Cinematic Universe (MCU), pasti anda sudah lali dengan perdebatan tentang Spider-Man mana yang paling dekat dengan watak sebenar dari komik.

Perdebatan anda akan berakhir kerana ada berita gembira buat peminat Spider-Man versi Tobey Maguire, Andrew Garfield dan pastinya versi Tom Holland.

Khabarnya, kedua-dua Spider-Man yang lepas ini bakal menyertai Tom Holland dalam ‘Spider-Man 3’ yang bakal ditayangkan tahun hadapan! Filem terbaharu Spider-Man ini bakal memberi anda Spider-Man dari 3 generasi dan universe yang berbeza.

rsuh5
SUMBER: GEEKQC

Khabar angin tentang pembabitan watak-watak Peter Parker yang lepas sudah lama diperkatakan dan kini ia mungkin menjadi realiti. Mengikut laporan dari Collider Andrew Garfield telah disahkan bakal muncul dalam filem tersebut manakala Tobey Maguire masih lagi berada dalam proses perbincangan bersama pihak Sony dan Marvel.

Akan tetapi, kemungkinan besar Tobey turut akan menyertai Andrew dan Tom Holland dalam filem tersebut kerana pasangannya, Kirsten Dunst disahkan bakal kembali sebagai Mary Jane Watson. Watak Gwen Stacy yang dilakonkan oleh Emma Stone pula masih belum ada kepastian kerana Emma dilaporkan sedang mengandung dan agak sukar buat beliau untuk melakonkan watak tersebut.

Selain itu, Alfred Molina yang pernah membawa watak Doctor Octopus dalam Spider-Man 2 bakal membuat kemunculan semula dalam filem Siper-Man yang terbaharu. Turut menyertai Doctor Octopus, Jamie Foxx juga bakal membuat kemunculan semula sebagai Electro.

photo_2020-12-09_16-16-51
DOCTOR OCTOPUS (KIRI) DAN ELECTRO (KANAN) SUMBER: HOLLYWOOD REPORTER

Filem Spider-Man 3 yang masih belum mempunyai tajuk rasmi ini bakal diarahkan oleh Jon Watts dan watak-watak dari filem Spider-Man yang terdahulu yang dilakonkan Zendaya, Jacob Batalon, Tony Revolori dan Marisa Tomei akan tetap disertakan dalam filem terbaharu ini.

Satu lagi penambahan yang menarik ialah kemunculan watak Doctor Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch. Khabarnya, watak Strange dalam filem terbaharu ini adalah sebagai mentor untuk Peter.

Sekuel buat Spider-Man: Far from Home ini dijangka bakal menemui peminat pada 17 Disember 2021 nanti. Melihat kepada kesemua watak yang bakal muncul dalam filem terbaharu buat francais Spider-Man ini, rasa tidak sabar pula untuk menyaksikan apa yang akan berlaku. Apa pula pendapat anda?

Sebelum ini, sempat kecoh kerana katanya filem ketiga Spider-Man tidak akan diteruskan, klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Rundingan Berjaya, Filem Ketiga Spider-Man Akan Ditayangkan Pada 2021

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat

 

 

 

Sumber