Seorang bomoh berusia 25 tahun telah ditahan pihak berkuasa selepas pihak bomba bergegas ke lokasi berkenaan yang menerima panggilan kebakaran daripada penduduk setempat.

Ketika tiba di lokasi tersebut, kebakaran itu berpunca daripada lelaki berkenaan yang sedang menjalankan ‘ritual’ sihir pemisah. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Akhi Ahmad Reedha, gambar-gambar mangsa bomoh ini dapat dilihat bertaburan di atas lantai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan bomoh ini hanya ‘berniaga’ secara dalam talian sahaja. Gambar mangsa cuma dicetak keluar dengan printer dan ditulis nombor pada setiap gambar.

Perbuatan syirik seperti ini dilarang dalam agama Islam dan berdosa besar bagi pelakunya. Perkembangan lanjut berkenaan kes ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Ini beberapa artikel lain berkaitan bomoh. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lihat Bagaimana 30 Bomoh Di Indonesia Serang Israel Guna Sihir Dan Roket Ghaib

Mahu Pengamal Ilmu Hitam Ditangkap, Caprice Dedah Diganggu Bomoh Tanpa Henti