Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia pada 12 Februari 2015, waktu 9.40 malam, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi HUSM yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang di rawat di hospital HUSM Kubang Kerian.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Al-Fatihah (baca surah al-Fatihah, durasi 30 saat)

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tgna photo

Menurut Profesor Dr Jafri Malim Abdullah di akaun Facebook beliau pada pukul 12:07am:

“Kembali ke rahmatullah dengan keadaan amat tenang di bilik rumah beliau setelah dibawa balik daripada HUSM pada 8.33pm, sampai rumah Allahyarham pada 9.00pm dan meninggal dunia 40 minit selepas itu. Saya dan 2 lagi doktor pakar dengan perasaan amat pilu mengesahkan pemergian beliau pada 0940pm 12hb Feb 2015. Al-Fatihah.”

doktor tgna

Sebelum itu anak Tok Guru Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh, telah memuat naik status di Facebook Page beliau pada pukul 10.08pm:

anak tgna

Berikutan itu, orang ramai mula menuju ke Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Ada di antara mereka mari dari luar negeri Kelantan termasuk pemimpin negara, tokoh-tokoh politik dan pendakwah-pendakwah.

rumah tgna

13 Februari 2015

Pada pukul 10.17 pagi, jenazah Tok Guru Nik Aziz sedang dibawa keluar dari Masjid Tok Guru dengan diiringi laungan takbir: Allahuakbar! Ratusan ribu manusia mengiringi jenazah Mursyidul AM PAS itu yang diusung oleh lima orang anak lelakinya di perkarangan Masjid Pulau Melaka pagi tadi. Sesungguhnya, pemergian beliau dirasai kawan dan lawan.

pas3

pas4

Ini pemandangan dari udara ketika jenazah Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz dibawa keluar dari Masjid Pulau Melaka menuju ke tanah perkuburan yang terletak 500 meter jaraknya dari rumah beliau.

pas1

Jenazah Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan kira-kira jam 10.45 pagi tadi bersebelahan pusara bapanya, Nik Mat Raja Banjar di Tanah Perkuburan Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

tgna disemadikan

Kronologi ringkas detik-detik sebelum Tok Guru Nik Aziz kembali ke rahmatullah:

astroawani

Kami tim The Vocket dengan penuh rasa dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya sentiasa tenang di bawah perlindungan Allah dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang soleh. Amin.

al fatihah TGNA1

Facebook The Vocket