Kami pernah hadiri ke majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Tok kadi telah menyuruh bakal pengantin membaca surah yang akan disebutnya secara rambang. Alhamdulillah pengantin dapat membacanya dengan baik. Bayangkan jika bakal pengantin gagal melakukannya, pasti berasa malu di depan para hadirin. Baru-baru ini pula timbul kisah tok kadi yang berlagak diva semasa mengendalikan sebuah majlis akad nikad di Kuala Lumpur juga. Malah, menjadi kemarahan apabila ia melibatkan bakal pengantin seorang saudara baru Islam.

Tetapi tidak adil memukul rata semua tok kadi gara-gara segelintir tok kadi yang berkelakuan sebegitu. Maka, ini kami tampilkan cerita positif peranan tok kadi. Beliau antara tok kadi terbaik yang pernah kami lihat. Tok kadi yang boleh mengurangkan rasa gementar bakal pengantin dan sekaligus menceriakan majlis akad nikah bagi bakal sepasang suami isteri ini. Anda juga pasti inginkan tok kadi sepertinya. Saksikannya di sini:

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group