Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa, pastinya anda cukup tahu di mana negara Palestin kini telah diancam oleh Israel sekaligus membuatkan nyawa penduduk setempat terkorban. Bukan itu sahaja, pelbagai fasiliti penting dilaporkan turut musnah berikutan kekejaman yang dilakukan.

Sebagai usaha dan langkah dalam membantu dan memudahkan urusan saudara Muslim di Palestin, sekumpulan anak muda Malaysia menerusi syarikat Global Sadaqah tampil dengan inisiatif dalam menggunakan teknologi blockchain membolehkan orang ramai bersedekah menggunakan menerusi token SAVEPALESTINE ($PAL).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Token SAVEPALESTINE merupakan sebuah projek berkonsepkan komuniti yang memberi penghargaan kepada pemegang sekaligus menawarkan sumbangan kepada rakyat Palestine yang memerlukan.

Screen Shot 2021-05-18 at 7.54.51 PM
Sebanyak 20 BNB sudah berjaya disalurkan melalui sumbangan. Sumber: Palestine Finance

Hebatnya mengenai komuniti kripto, token yang baru sahaja beberapa jam sahaja dilancarkan sudah berjaya mengumpul lebih $2.5 juta (~RM10.32 juta) market cap setakat artikel ditulis.

Syarikat ini juga turut memaparkan roadmap buat tatapan orang ramai melalui laman web dengan perancangan penawaran platform DeFI islamik pada suku ketiga tahun ini diikuti dengan fungsi farming dan staking pada akhir tahun ini.

Screen Shot 2021-05-18 at 8.21.42 PM
Cara-cara membeli sambil menyumbang token savepalestine. Sumber: Palestine Finance

Orang ramai berpeluang menyalurkan sumbangan melalui pembelian token di platform PancakeSwap. Langkah-langkah pembelian dengan lebih lanjut turut disertakan pada laman web Palestine Finance.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai token Save Palestine, anda boleh klik di sini untuk ke laman rasmi atau sertai group Telegram rasmi mereka.

Ketahui lebih lanjut mengenai kejayaan kumpulan hacker dari Malaysia yang berjaya menggodam pengkalan data Israel sehingga mendapat perhatian media luar.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary