Orang Jepun sangat kreatif dan sentiasa mahu mencabar zon selesa mereka. Sebuah syarikat di Jepun, Sumitomo Forestry akan bekerjasama dengan agensi arkitek Nikken Sekkei bagi menghasilkan bangunan pencakar langit yang diperbuat daripada kayu, projek ‘W350’

Bangunan setinggi 350 meter ini akan dibuat hampir sepenuhnya menggunakan kayu dan dijangka siap pada tahun 2041. Tahun berkenaan dipilih sebagai menandakan ulang tahun ke-350 syarikat itu beroperasi. Asal usul syarikat ini boleh dilihat sejak tahun 1691 lagi di mana Sumitomo Forestry telah bertanggungjawab menjaga hutan dan tanah di Besshi Copper Mine sejak lebih 300 tahun yang lalu. Dahsyat visi syarikat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Konsep bangunan ini juga adalah daripada Tsubaka Research Laboratory milik Sumitomo di mana mereka telah mengkaji secara mendalam teknologi bangunan yang akan diperbuat daripada kayu ini. Ratio penggunaan kayu dan logam pada bangunan ini adalah 9:1. Jadi bangunan ini akan diperbuat 90% menggunakan kayu.

Bangunan ini akan mempunyai 70 tingkat di mana kedai, pejabat, hotel dan rumah akan dibina dalam ‘W350’nanti. Pokok dan bunga juga akan dibiarkan tumbuh bagi menghiasi bangunan ini. Bangunan ini juga dikhabarkan dapat bertahan daripada gempa bumi. Tetapi berapa lama jangka hayat bangunan ini boleh diguna pakai masih belum diberitahu.

Projek ‘W350’ ini nampak seperti sesuatu yang mustahil untuk dibuat tetapi mereka yakin ianya boleh dilakukan. Hebat dan semoga berjaya untuk projek ini. Anda boleh baca dengan lebih lanjut berkenaan projek ini di sini.

sumi 2

sumi 3

sumi 4

sumi1