Tapioca Tea atau lebih dikenali sebagai bubble tea merupakan minuman yang sedang menjadi kegilaan ramai bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi juga kebanyakan negara di rantau Asia. Bermula 13 Ogos akan datang sebuah taman tema bubble tea akan dibuka di Tokyo.

tokyo-tapioca-land1

Peminat tegar Bubble Tea pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi taman tema ini. Tokyo Tapioca Land akan dibuka berhadapan dengan Harajuku Station bermula 13 Ogos hingga 16 September. Pemilihan tarikh ini sangat bersesuaian dengan cuaca yang agak panas ketika itu.

Taman tema ini akan menyediakan pelbagai jenis hiburan yang bertemakan tapioca seperti gerai minuman tapioca, makanan berasaskan ubi kayu, photo booth dan pelbagai jenis permainan berasaskan tema tersebut. Buat pelancong yang ingin mengunjungi taman tema ini, mudah sahaja untuk mencarinya kerana ianya hanya terletak kira-kira 2 minit sahaja dari JR Harajuku Station.

Orang ramai yang berminat boleh membeli tiket awal yang hanya terhad kepada 1,000 tiket berharga ¥1,000 (~RM38) setiap satu. Tiket ini boleh didapati di Passmarket Yahoo bermula sekarang.

Sumber