Di samping Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini, fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bagi jajaran sejauh 16.6 kilometer (km) juga akan dibuka kepada pengguna mulai 12 tengah hari ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fasa pertama lebuh raya terbabit bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tol percuma sebulan di Lebuh Raya SUKE
Sumber Gambar: Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa tol diberikan secara percuma selama sebulan, bermula jam 12 tengahari, 16 September.

“Pengguna yang bakal menggunakan laluan lebuh raya alternatif ini diharap mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memandu secara berhemah.

“Syarikat konsesi diingatkan agar mengambil langkah proaktif bagi memastikan tahap perkhidmatan dan operasi yang terbaik diberikan kepada pengguna sambil mematuhi perjanjian konsesi,” katanya ketika melancarkan fasa pertama pembukaan lebuhraya SUKE di Plaza Tol Bukit Teratai, baru-baru ini.

Tol percuma sebulan di Lebuh Raya SUKE
Sumber Gambar: Twitter @mySUKEofficial

Pelancaran itu membabitkan fasa pertama SUKE, meliputi jajaran 16.6km dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.

Fasa berkenaan juga membabitkan 11 persimpangan dan dua plaza tol, Tol Bukit Teratai dan Tol Ampang.

SUKE dijangka mampu menyuraikan kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sebanyak 30% ketika waktu puncak, termasuk di Jalan Ampang (30%) dan Jalan Loke Yew (12%).

Tol percuma sebulan di Lebuh Raya SUKE
Sumber Gambar: Twitter @mySUKEofficial

Laluan SUKE dibina tiga laluan itu berkelebaran 3.5 meter, dengan tambahan 3 meter lorong kecemasan, pada kedua-dua arah bagi kegunaan ambulans dan kenderaan kecemasan.

Ia mempunyai 14 persimpangan yang dapat menghubungkan beberapa lokasi seperti –

  1. Sri Petaling
  2. Sungai Besi
  3. Alam Damai
  4. Cheras-Kajang
  5. Cheras-Hartamas
  6. Bukit Teratai
  7. Tasik Tambahan
  8. Permai, Kosas
  9. Pekan Ampang
  10. Ampang Point
  11. Hulu Kelang
  12. Taman Hillview
  13. Bukit Antarabangsa

SUKE juga menghubungkan lapan lebuh raya lain iaitu MRR2, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Duta -Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Konsesi Lebuhraya SUKE ini bermula pada 25 Disember 2014 dan akan berakhir pada 24 Disember 2069 iaitu selama 55 tahun.