Pada awal Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan tol percuma serta potongan harga hingga 50 peratus akan diberikan kepada pengguna lebuh raya utama negara bermula jam 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad ini.

Langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk tol percuma dan diskaun itu selaras fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang akan disambut pada 3 Mei depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi orang ramai yang akan pulang berhari raya nanti, anda tetap perlu mematuhi peraturan ditetapkan ketika di plaza tol termasuk syarat menyentuh kad Touch ‘n Go.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata syarat itu diputuskan bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad mereka.

Begitu juga dengan pengguna RFID, anda semua perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja dan tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet pengguna.

Bagi memastikan pengguna lebuh raya PLUS dapat pulang ke kampung dengan lancar, pengguna diminta untuk sentiasa menyemak baki serta status keaktifan kad di portal Touch ‘n Go.

Pengguna juga disarankan memuat turun aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuh raya menerusi paparan CCTV disediakan. Bagi memudahkan perancangan tempoh masa perjalanan, orang ramai digalakkan supaya menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata persetujuan yang dicapai selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya itu bakal membabitkan manfaat keseluruhan RM77.11 juta. Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

Orang ramai boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui lokasi-lokasi plaza tol yang menawarkan tol percuma, diskaun 30% dan 50%.

Sumber Gambar: Bernama
Sumber Gambar: Bernama

Lihat rakaman video yang dikongsikan netizen situasi kesesakan luar biasa di beberapa lokasi bersempena pembelian persiapan raya. Klik pautan di bawah untuk tonton.

‘Dah Macam Nak Balik Kampung’ – Netizen Kongsi Kesesakan Luar Biasa Sempena Pembelian Jualan Raya

Khairulaming Kongsi Rezeki, Sumbang Duit Raya Kepada Pengikut Media Sosial

‘Semoga Awak Cepat Keluar’ – Iklan Komik Eco Shop Sempena Raya Cuit Hati Netizen

Sumber