Pada hari ini ramai orang mahu ‘cepat kaya’ dengan membuat pelaburan-pelaburan yang meragukan seperti mana yang dipromosikan melalui media sosial. Bahkan ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab sanggup menyewa pesawat peribadi dan kereta mewah untuk menunjukkan ‘pelaburan’ mereka memberikan pulangan yang lumayan.

Baru-baru ini TikTokers dari Singapura @koocester telah datang bercuti di Malaysia dan dia telah mengambil peluang untuk merakam konten video ‘What Do You Do For Living?” dalam negara ini.

Baca Juga:

TikTokers itu bertemu dengan pemuda yang berada di dalam sebuah Bentley Flying Spur dan menanyakan soalan ‘klise’ tersebut. Pemuda tersebut menyatakan dia berkerja di sebuah syarikat pengilangan.

“Saya bekerja di syarikat pengilangan ubat gigi. Awak pernah dengar Zaitun?” kata pemuda di dalam Bentley itu, Mustakim Teh.

“Um, saya rasa saya pernah dengar jenama itu dahulu . . .?” jawab TikTokers Singapura itu sedikit terpinga-pinga.

@koocester

THIS is actually the First EVER Bentley I’ve asked and we became friends after. Is there a better word to describe cool? Because that’s him! Such an awesome owner, Mustakim Teh! Also, looking forward to film more Malaysians.. Loving it! Checkout the Instagram!

♬ original sound – Koocester – Koocester

Selepas itu @koocester bertanya kepada pemuda itu apakah nasihat kewangan terbaik yang pernah dia pernah dapat.

“Anda perlu laburkan duit. Laburkan duit di mana-mana. Pelbagaikan instrumen pelaburan, seperti hartanah,” jawab pemuda itu.

Kemudian TikTokers itu menanyakan nasihat kewangan terburuk daripadanya.

“Melaburkan semua duit ke dalam Forex, atau sesuatu yang scam seperti skim cepat kaya. Tolonglah jangan melabur di tempat-tempat seperti itu,” jawab waris ubat gigi jenama Zaitun itu.

Pada akhir video itu, TikTokers dari Singapura itu mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu kerana cool dan sudi berkongsi nasihat-nasihat kewangan yang pernah diterimanya.

Zaitun Industri merupakan sebuah jenama terkenal bagi barangan mandian dan kosmetik yang diasaskan oleh Dato Seri Hj Mohammad Eusuff Teh dengan mengambil sempena nama anak perempuan beliau pada tahun 1978.

Dengan tagline ‘Gunakan Tanpa Was-Was’, produk Zaitun terutamanya ubat gigi telah berjaya berkembang dan menjadi pilihan para pengguna bukan sahaja dari Malaysia. Bahkan mendapat permintaan tinggi dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Apabila menghampiri tahun 2000an, jenama Zaitun semakin tenggelam oleh kerana beberapa masalah dalaman yang menyebabkan syarikat tersebut seperti ‘hilang’ daripada pasaran tempatan.

Ketika COVID-19 melanda negara, Zaitun kembali comeback semula dengan memperkenal produk hand sanitizer keluaran sendiri dan dijual secara online.

Dengan penjenamaan semula dan tampuk pentadbiran diambil alih oleh generasi baharu, Zaitun sudah bersedia untuk kembali bersaing serta menjadi produk barangan mandian dan kosmetik pilihan pelanggan seperti satu ketika dahulu.

Jika anda pernah menjadi peminat jenama Zaitun satu ketika dahulu, bolehlah ikuti perkembangan produk-produk baharu mereka di Facebook, Instagram dan Shopee.