Sejak semalam, jenama pakaian terkenal dunia iaitu Nike dan H&M menjadi perbualan hangat oleh netizen China selepas kedua-dua jenama itu diboikot di negara itu disebabkan gara-gara enggan menggunakan kapas yang dihasilkan oleh etnik Muslim Uighur di Xinjiang dalam penghasilan produk pakaian mereka, seperti dikutip portal NBC News.

Ini berikutan Nike dan H&M tidak mahu menyokong tindakan China yang menjadikan etnik minoriti Muslim Uighur sebagai buruh paksa dalam usaha memajukan industri tekstil di negara itu. Pada masa yang sama, China yang menjadi pembekal kapas terbesar dunia telah mendesak mereka supaya menerima bekalan kapas yang dihasilkan oleh etnik Uighur meskipun dilakukan secara kerahan.

Image: This photo taken on October 23, 2010 sho
Sumber: NBC News

Akan tetapi, kedua-dua jenama itu ingkar dan tidak mahu menggunakan kapas yang dihasilkan oleh Muslim Uighur itu kerana mereka simpati dan menghormati terhadap hak asasi manusia yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Disebabkan tindakan simpati terhadap etnik Uighur, penjualan produk Nike dan H&M mula diboikot oleh pengguna di China.

“Kami prihatin terhadap hak asasi manusia dan simpati terhadap nasib etnik minoriti Uighur selepas menerima laporan bahawa etnik itu dijadikan sebagai buruh paksa di sebuah kilang kapas iatu Xianjiang Uyghur Autonomous Region (XUAR).

“Nike secara kerasnya tidak akan menerima sumber produk yang dihasilkan dari XUAR dan terma kontrak kami sememangnya tidak akan membenarkan penggunaan tekstil dan pintalan benang dari wilayah tersebut,” kata Nike menerusi satu kenyataan media yang disiarkan menerusi laman webnya.

Difahamkan, isu ini mula hangat selepas Nike memuat naik kenyataan tersebut sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen di China. Berikutan itu, tanda pagar #ISupportXJCotton mula trending di platform Weibo sebagai tanda boikot daripada netizen termasuk selebriti dan media tempatan terhadap barangan keluaran Nike.

“Kerana kenyataan itu telah menyentuh seluruh warga China, responnya hanya mudah iaitu jangan beli,” tulis kapsyen media televisyen tempatan, China Central Television di akaun sosial media mereka.

Difahamkan, seorang pelakon lelaki tempatan, Wang Yibo juga menamatkan kontrak beliau bersama Nike sebagai tanda turut serta boikot Nike dalam pasaran China. Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak pengurusan beliau menerusi kenyataan di Weibo semalam.

Dalam pada itu, H&M juga ikut serta dalam usaha menolak penawaran bekalan kapas yang dihasilkan oleh XUAR. Dalam satu kenyataan media, H&M menjelaskan bahawa mereka akan terus melayani pengguna H&M di China dengan penawaran koleksi pakaian mereka namun bukan bertujuan untuk masuk campur dalam hal politik atau sokongan terhadap penindasan etnik Uighur.

“H&M Group akan terus menghormati pengguna kami di China. Kami sangat komited dalam bisnes jangka panjang di China,” kata H&M dalam satu kenyataan.

Walaupun berbincang secara baik, namun semua penjualan produk H&M telah disekat dan dilarang untuk dijual menerusi platform pembelian atas talian di China termasuk JD, Taobao dan Pinduoduo, lapor South China Morning Post. Diharapkan China segera sedar dan menghentikan melakukan penindasan terhadap etnik Uighur di Xianjiang. Apa pendapat anda akan isu ini?

Kontroversi Muslim Uighur punca adidas mahu buang Mesut Ozil. Baca lagi pada pautan di bawah. 

Kontroversi Muslim Uighur Antara Sebab adidas Mahu ‘Buang’ Mesut Ozil

Kerajaan China ‘Jual’ Kaum Muslim Uighur, Dihantar Jadi Buruh Paksa Untuk Jenama Besar

Kedutaan China Label Wanita Muslim Uighur Sebagai ‘Mesin Buat Anak’

 

 

 

Sumber