Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dalam mendapat sesebuah rumah, sudah pastinya aspek keselamatan antara yang menjadi faktor utama. Hal ini berikutan sesebuah kediaman bakal digunakan untuk kegunaan sendiri atau penyewa dalam tempoh yang panjang sekaligus mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.

Kenaikan harga rumah pada masa kini secara tidak langsung turut membuatkan para pembeli mengharapkan rumah yang dihasilkan pemaju setimpal dengan harganya serta elak daripada insiden melibatkan ‘penjimatan bahan’.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan video yang dikongsikan TikTok @datoismail88 yang juga merupakan CEO BubbleBee di mana beliau mendedahkan hasil tembok rumah yang dibangunkan pihak pemaju.

Meskipun rumah yang dikongsikan masih belum siap sepenuhnya, dapat dilihat tembok yang sudah disimenkan sangat mudah untuk diterbalikkan di mana hanya memerlukan seorang individu untuk menolaknya menggunakan sebelah tangan sahaja.

@datoismail88

Remuk hati

♬ Lebih Baik Pergi – Rusa Music

Perkongsian yang dilakukan nyata berjaya mendapatkan ribuan komen netizen yang mempersoalkan kualiti rumah yang dibangunkan pemaju ini. Malah, ramai yang memaklumkan ketiadaan besi sokongan untuk dijadikan tulang pada tembok yang dibangunkan antara yang membuatkan tembok tersebut mudah untuk jatuh dan dirobohkan.

Sumber: tiktok @datoismail88

Sumber: tiktok @datoismail88

Isu yang berlaku nyata merisaukan orang ramai khususnya kepada pembeli rumah yang mengharapkan rumah lain yang dibangunkan tidak menerima nasib yang sama. Malah turut terdapat netizen yang mengharapkan agar nama pemaju didedahkan. Video yang dikongsikan jelas mendapat perhatian ramai selepas meraih lebih 3 juta tontonan dan lebih 3,000 komen melibatkan kualiti tembok rumah yang dihasilkan.

Tular pada hari ini apabila WHO mengumumkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global selepas merekodkan lebih 16,000 kes di 75 buah negara.

Alami Peningkatan Kes, WHO Isytihar Wabak Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Kesihatan Global

Kongsi ‘Struggle’ Rakam Bukti Majikan Dera Kanak-Kanak, Keberanian 5 Remaja Ini Raih Pujian Netizen

‘Improve Service Dulu Sebelum Nak Tegur Orang’ – Cubaan Rapid KL Tegur Penumpang Makan Diri