Penyampai radio Era FM, Fazziq Muqris mengalami detik menyeramkan apabila menerima panggilan telefon daripada seorang pemanggil yang bercerita tentang kisah yang dialaminya.

Kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok radio terbabit sambil melayani pemanggil telefon yang meluahkan perasaannya dan berkongsi kisah hidupnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@brri07/video/7208916105614609691?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7208720394391897601

Pemanggil tersebut bercerita dirinya memandu sehingga jatuh gaung dan sempat membaling keluar beg dibeli untuk ibunya keluar daripada kereta sebelum kereta dinaikinya terbakar seakan memberitahu dirinya sudah tiada. Malah, pemanggil tersebut mahu meminta bantuan Fazziq untuk memberikan beg terbabit kepada ibunya.

Dapat dilihat, raut wajah Fazziq berubah dan dirinya berasa pelik dengan situasi yang berlaku. Situasi tersebut sempat dirakam dan dikongsikan ke media sosial serta mendapat perhatian orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mengatakan ianya sekadar ‘prank’ dan hanyalah ‘marketing’. Ada juga netizen yang berasa sedih mendengar kisah pemanggil tersebut dan berasa seram.