Tom Cruise dan filem Mission: Impossible merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Pasti semua orang terbayang bagaimana ‘Agent Ethan Hunt’ cukup bergaya dalam setiap misi yang perlu diselesaikan.

Pada awal minggu lalu semasa Tom Cruise sedang melakukan penggambaran Mission: Impossible yang ke-7 di bandar UK, kereta BMW X7 yang digunakan untuk membawa beliau ke sekitar lokasi pengambaran dilaporkan telah dicuri di luar Birmingham Hotel Grand.

Semasa kejadian tersebut berlaku pencuri tersebut bukan sahaja berjaya membawa lari kenderaan SUV mewah, bahkan turut membawa lari barangan bernilai ribuan pound.

Satu rakaman CCTV berjaya merakam aksi pencuri meninggalkan kereta tersebut di belakang deretan kedai makan hampir 5KM di Smethwick pada pukul 9.13 pagi. Seorang pemandu wanita juga dapat dilihat dengan beg membeli-belah berwarna hijau didakwa membawa lari beberapa barangan berharga milik hero filem Mission: Impossible tersebut.

Pihak polis mendakwa pencuri tersebut menggunakan alat pengimbas untuk mengklon isyarat dari fob pencucuh tanpa kunci kereta sebelum membawa lari kereta SUV mewah itu.

vocket-kereta-bmw-tom-cruise-dicuri

Sumber Gambar: The Sun

Setelah kereta tersebut berjaya dijumpai semula, jurucakap polis telah mengeluarkan kenyataan mengenai insiden terbabit.

“Kami menerima laporan BMW X7 dicuri dari Church Street, Birmingham pada awal pagi Selasa. Kereta itu dijumpai semula tidak lama kemudian di Smethwick.

“Siasatan rakaman CCTV telah dibuat di kawasan tempat kereta itu ditemui dan kes ini masih lagi sedang dijalankan,” terang jurucakap polis.

Menurut The Sun, Tom Cruise cukup marah apabila mengetahui BMW X7 telah dicuri oleh ‘pencuri berteknologi tinggi’ tanpa dikesan oleh pasukan pengawal peribadi elit ikon filem terbabit. Anda boleh lihat rakaman penuh CCTV tersebut di sini.

Pada tahun lalu satu dunia dikejutkan dengan rakaman audio Tom Cruise memarahi kru produksi yang melanggar SOP semasa penggambaran. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Rakaman Audio Tom Cruise Berang Dengan Kru Produksi Langgar SOP COVID-19 Tersebar

Bayi Dari Kulit Album Nevermind Saman Kerana ‘Terasa Hati’ Dengan Nirvana?

Anda Mungkin Suka