Bagi anda yang pernah menonton filem Jack Reacher yang pertama dan kedua, untuk versi televisyen watak Jack Reacher yang dibawakan oleh Tom Cruise akan digantikan dengan pelakon lain. Sedia maklum, filem tersebut diadaptasikan daripada sebuah novel dan sebagai pencipta karakter tersebut, Lee Child mengatakan fizikal Tom Cruise yang pendek sebenarnya tidak sesuai untuk watak tersebut.

Walaupun bakat yang dimiliki Tom Cruise bagus tetapi beliau tidak memenuhi kriteria tersebut, dimana watak Jack Reacher digambarkan memiliki tinggi 6 kaki 5 inci berbanding Tom Cruise yang hanya memiliki ketinggian 5 kaki 7 inci. Sebelum ini, filem tersebut mendapat kritikan daripada pembacanya yang beranggapan Tom Cruise tidak sesuai dan langsung tidak menepati kriteria dalam Jack Reacher dalam Novel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi, sepanjang bekerja bersama Tom Cruise, Lee Child tidak mempunyai masalah dengannya dan mengakui beliau senang bekerjasama. Filem versi reboot dari Jack Reacher ini akan ditayangkan oleh Netflix atau langganan filem berbayar lain.

Sumber