Sebut mengenai Tom Hanks pasti ramai peminat filem Hollywood mengenalinya. Berjaya menempa nama melalui filem Forrest Gump, Saving Private Ryan dan The Terminal antara melonjakkan nama beliau dalam industri lakonan.

Terbaharu, siapa sangka Tom Hanks bersama isterinya juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa wabak coronavirus dan telah disahkan oleh positif oleh pihak kesihatan yang terlibat di Australia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui tweet yang dikongsikan, beliau turut mengesahkannya dimana beliau bersama isterinya bakal dikuarantin buat seketika waktu dalam mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk menjaga diri serta bakal mengongsikan kepada orang ramai mengenai keadaan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

Pihak saintis turut menjangkakan gelombang kedua coronavirus bakal 10 kali ganda lebih kuat di luar China. Turut dikongsikan, pihak saintis sedang mencari volunteer yang sanggup dijangkiti coronavirus dengan upah RM19,000.

Saintis Jangka Gelombang Kedua Coronavirus 10 Kali Ganda Lebih Kuat Di Luar China

Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus

Sumber