Penerbit filem Venom, Amy Pascal telah mengesahkan penglibatan watak utama iaitu Tom Hardy sebagai Eddie Brock dalam sekuel filem ini. Sebelum ini sudah ada peminat sudah meramalkan apa yang bakal terjadi dalam sekuel filem ini berdasarkan trailer yang telah dikongsikan tahun lalu.

Tambah penerbit filem ini, tiada siapa yang boleh menggantikan Tom Hardy untuk membawakan watak ini. Menurut beliau juga, sekuel filem ini memang sudah ada dalam perancangan semenjak ‘Venom’ berjaya mendapat kutipan pawagam yang agak memberansangkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila ditanya mengenai adakah penampilan Tom Holland sebagai Spider-Man akan wujud dalam ‘Venom 2’, Amy menjanjikan sesuatu yang hebat bakal menanti peminat Tom Holland tidak lama lagi.