Tom Holland baru-baru ini dijemput menjadi tetamu di ‘Jimmy Kimmel Live’ untuk berkongsikan perkembangan baharu beliau. Tom akan muncul dalam filem animasi Spies In Disguise bersama Will Smith yang akan ditayangkan pada 25 Disember 2019.

Namun yang jadi perhatian utama dalam temubual tersebut adalah apabila Tom berkongsikan kesedihan beliau ketika menghadiri D23 Expo oleh Disney di mana pada ketika itu, berita Sony Pictures membatalkan kerjasama dengan Marvel Studios sedang menjadi isu hangat. Anda boleh tonton terus di minit 10:30 untuk sesi luahan hati Tom ini.

Tom dilaporkan tidak dibenarkan untuk bergambar dengan mana-mana pelakon Avengers kerana ia akan mengeruhkan lagi hubungan antara Sony Pictures dan Marvel Studios. “Saya sangat sedih ketika itu. Rakan-rakan Marvel yang lain semua ada di sana dan saya ‘diharamkan’ untuk bergambar dengan mereka,” terang Tom.

Dalam temubual tersebut juga, Tom berkata beliau sebenarnya ‘menyelamatkan’ Spider-Man secara tidak langsung. Pada satu ketika, CEO Disney, Bob Iger membuat panggilan khas kepada Tom dan ketika itu, beliau sangat berterima kasih kepada pihak Disney dan Marvel Studios kerana kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk melakonkan watak Spider-Man.

Bermula daripada panggilan tersebut, beliau menerima lebih banyak panggilan dan perjumpaan dengan kedua-dua pihak sehinggalah Sony Pictures kembali membuka rundingan dengan Marvel Studios.

Nampaknya Tom Holland memang sangat disayangi pihak Sony dan juga Marvel. Disebabkan itu, Spider-Man akan terus kekal untuk sebuah lagi filem pada 2021.

Rundingan Berjaya, Filem Ketiga Spider-Man Akan Ditayangkan Pada 2021

Lihat Adegan Spider-Man Dan Dr Strange Selamatkan Ahli GOTG Yang Dipadam Dalam Infinity War