Marvel sememangnya tahu setiap pelakonnya dengan baik. Untuk filem Avengers: Infinity War yang lalu, setiap pelakonnya ada pelakon yang tahu jalan cerita keseluruhan dan ada yang hanya tahu sebahagian plot Infinity War. Antara yang tahu plot penuh filem Infinity War ketika masih dalam penggambaran adalah Benedict Cumberbatch dan Robert Downey Jr.

Antara pelakon yang paling ‘tidak dipercayai’ oleh Marvel adalah Tom Holland dan dalam Infinity War, beliau hanya diberitahu tentang dialog babaknya sahaja dan tidak diceritakan plot penuh Infinity War. Kerana Marvel tahu, Tom jenis yang terlalu jujur dan jika tidak dikawal, habis diceritakan semuanya kepada wartawan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tom Holland bagaimana pun buat hal lagi apabila secara ‘tidak sengaja’ mempamerkan tajuk rasmi filem Spider-Man 2 kepada peminatnya di ruangan Instagram miliknya.

Melalui tajuk skrip yang dipegangnya, tajuk filem kedua Spider-Man nanti adalah ‘Spider-Man: Far From Home’. Tetapi ini adalah sesuautu yang sudah dirancang oleh Marvel dan cara Marvel untuk umumkan tajuk Spider-Man 2 secara tidak langsung.

Jadi ianya Far From Home, dan mungkinkah Spider-Man akan pergi jauh dalam filem ini? Anda juga boleh baca teori peminat tentang plot Spider-Man 2 yang tertiris di laman Reddit baru-baru ini.