‘Mat Salleh’dari Perth, Australia ini telah menarik perhatian warga Malaysia dari minggu lepas.

Tomas Ford, seorang artis punk rock menjadi semakin viral selepas menyanyikan lagu Rihanna bertajuk Work dalam bahasa Melayu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam 24 jam sahaja, beliau mendapat 26,000 view. Dalam seminggu sebanyak 300,000+ orang sudah pun menonton video beliau.

Lirik beliau didapati daripada seorang penyanyi warga Malaysia, Ze Rebelle (warning: explicit lyric) yang menterjemahkan lagu asal ke Bahasa Melayu pada akhir April lepas.

“Saya berasa bosan pada hari terakhir saya di Canberra beberapa minggu lalu. Penerbangan saya lewat, saya telah pun melawat kedua-dua bangunan parlimen dan Ze Rebelle baru sahaja upload video versi Melayu lagu Work oleh Rihanna. Saya selalu rapping lagu itu kepada diri sendiri,” kata Ford dalam Facebook beliau.

“Saya tak pandai berbahasa Melayu, jadi merakamkan rap lagu itu sebenarnya satu idea teruk.”

Beliau tidak dapat menahan rap yang bermain di dalam kepalanya. Akhirnya beliau pun merakam video di bawah dengan pemandangan Parliament House.

“Saya hanya ketawakan diri sendiri (menonton video ini) sepanjang malam,” kata beliau lagi.

Dan ini adalah ucapan hari raya dari Tomas Ford.. dengan sedikit twist di hujungnya.

Enjoy!

BACA: Designer ‘Ditipu’ Pelanggan, Apa Terjadi Selepas Itu Buat Kami Ketawa

Sumber