Sebut mengenai jenama Tomaz pasti ramai yang cukup mengenalinya. Berjaya mencipta nama dengan penghasilan kasut kulit mampu milik dengan seleksi rekaan yang menarik antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Terbaharu, Tomaz dilihat lari daripada kebiasaan dengan menghasilkan kerusi gaming khas buat para gamer atau mereka yang kerap berada di hadapan komputer. Menariknya, model Tomax Blaze X Gaming Chair ini masih lagi mengekalkan identiti mereka dengan menawarkan rekaan yang menarik dengan harga mampu milik.

96523235_3083381091719888_5609548908612026368_n
Sumber: facebook Tomaz

Seperti kerusi gaming keluaran jenama lain, model ini turut menawarkan sokongan pada bahagian tempat letak tangan, belakang serta tempat letak kaki. Penggunaan material berkualiti tinggi antara yang diutamakan.

Menerusi promosi yang dibuat, Tomax Blaze X Gaming Chair ditawarkan secara pra-tempah dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM349 sahaja untuk 900 unit pertama. Tempahan yang dibuat bakal diterima pengguna seawal 1 Ogos ini.⁣

96288540_3083381121719885_1464499451828633600_n (1)
Sumber: facebook Tomaz

Berdasarkan rekaan dan harga yang ditawarkan, model ini dilihat berbaloi untuk didapatkan. Lebih-lebih lagi dengan padanan warnanya yang dilihat premium serta mudah untuk disesuaikan dengan warna ruangan bilik.

Buat anda yang berminat anda boleh klik di sini untuk membuat tempahan kerusi gaming daripada Tomaz ini. Tomax Blaze X Gaming Chair ini turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun khusus para pembeli.

Dua model telefon pintar ini telah dilancarkan pada minggu ini menawarkan spesifikasi yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Apple iPhone SE Sedia Untuk Ditempah Dengan Harga RM1,999 Bermula 11 Mei

realme 6 Pro Dengan Enam Kamera Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,399