Selepas pelancaran trailer Tomb Raider dari Warner Bros Januari yang lepas, peminat-peminat permainan video Tomb Raider pasti ternanti-nantikan filem ini di pawagam. Filem di bawah arahan Roar Uthaug kali ini dengan berjaya membawakan plot dari permainan video ke dunia realiti yang penuh dengan aksi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tomb Raider kali ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Alicia Vikander, Daniel Wu, Walton Goggins dan Dominic West. Ini review ringkas daripada kami.

Filem ini dimulakan dengan plot yang memaparkan kehidupan watak utama iaitu Lara Croft (Alicia Vikander), seorang gadis muda yang berani dan berdikari di kota London. Perkembangan plot seterusnya bermula apabila Lara cuba untuk merungkai teka-teki yang ditinggalkan oleh ayahnya melalui pesanan berkenaan dengan kajian mengenai misteri purba Jepun. Sifat ingin tahu dalam diri Lara seterusnya membawa kepada penemuan seorang lelaki yang membantu ayahnya, Lu Ren (Daniel Wu).

Pengembaraan Lara untuk bertemu dengan Lu Ren diuji dengan insiden yang tidak dijangka dari sekumpulan remaja dengan raut wajah yang polos yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap kesusahan yang dilaluinya. Perbincangan dilakukan antara Lara dan Lu Ren akhirnya menjurus kepada persetujuan Lu Ren untuk membawa Lara ke destinasi yang dituju untuk merungkai teka-teki yang ditinggalkan oleh ayahnya.

Sony-Video-Camera-Used-by-Alicia-Vikander-Lara-Croft-in-Tomb-Raider-1-800×328

Debaran dan aksi yang memacu adrenalin para penonton terus-menerus dari satu plot ke satu plot yang seterusnya. Tambahan pula dengan watak antagonis yang menambahkan ummmphh dalam plot-plot berikutnya dan diselitkan adegan yang menyentuh nilai kekeluargaan.

Anda pastinya akan membuat perbandingan Lara Croft versi Angelina Jolie dan Alicia Vikander namun kedua-dua mereka membawakan watak Lara dengan cara mereka yang tersendiri. Bagi saya, aksi Alicia lebih energetic dan lincah sebagai Lara Croft.

Jika anda mahu menonton satu filem yang paling sama dengan karya permainan videonya, Tomb Raider ini adalah salah satunya. Seperti juga dalam permainan video, Lara Croft dalam filem ini umpama ada 9 nyawa. Memang selalu selamat daripada maut dan mala petaka.

Secara peribadi, saya beri rating 8/10 disebabkan keberanian dan kebijaksanaan Lara yang agak cool dalam menyelesaikan masalah dan misteri yang terungkai di penghujung cerita. Apa lagi, set masa dan tarikh ajak rakan-rakan ke pawagam berdekatan untuk turut menyertai pengembaraan Lara.