Sebelum ini ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ telah mencatat sejarah kerana terpilih sebagai salah satu daripada 36 filem seluruh dunia sebagai ‘Official Selection’ dalam kategori ‘World Fantastic Blue’ di Bucheon International Fantasic Film Festival (BiFan) di Korea Selatan.

Kini, sekali lagi filem yang diadaptasi dari novel terkenal karya Ramlee Awang Murshid terpilih sebagai salah satu finalis Filem Asia Terbaik pada anugerah berprestij di Australia, The Australian Academy of Cinema and Television Art Awards (AACTA Awards) 2018.

IMG_1472

Acara ini dijadualkan bakal berlansung pada 3 Disember nanti akan menyaksikan persaingan sengit antara Tombiruo dan beberapa filem terbaik yang terpilih dari seluruh Asia.

Antara filem yang bakal berentap merebut anugerah Filem Asia Terbaik ialah ‘1987 When The Day Comes’ (Korea Selatan), ‘The Bold, The Corrupt and The Beautiful’ (Taiwan), ‘Dying to Survive’ (China), ‘Youth’ (China), ‘Gali Guleiyan’ (India), ‘Newton’ (India), ‘Sanju’ (India) dan ‘Shoplifters’ (Jepun). Tahniah ‘Tombiruo’.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →